CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Ahad, 9 Mei 2010

Arab bantu Israel musnahkan Palestin

Sumber : Tranungkite

Oleh : inspektorgajet

Pagi Sabtu lepas saya berpeluang mengikuti Bicara Addin yang diadakan setiap Sabtu lepas subuh di Masjid Negeri Shah Alam. Bicara kali ini saya amat baik untuk saya kongsi bersama. Maafkan saya sekiranya topik ni ketinggalan atau ramai yang telah tahu. Yang menariknya ianya diceritakan sendiri oleh Presiden TERAS Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid yang baru balik dari Palestin dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku siap dengan photo dan interview beliau dengan penduduk Palestin dari kanak-kanak hingga ke orang tua. Ramai yang berada di bilik kuliah MSSAAS pada hari tu mengalirkan air mata. menggelengkan kepada dan bertakbir Allah Huakbar secara spontan. Cerita yang amat mengejutkan dan amat tragis pada saya.

Saya petik beberapa isu menarik untuk kita kongsi bersama setakat yang saya ingat:-

1. Daerah/kawasan yang tinggal untuk penduduk Palestin hanya tinggal lebih kurang 30% sahaja iaitu Gaza dan Tebing Barat.

2. Mahmod Abas adalah pembekal simen kepada Israel untuk membuat tembuk pemisah(world largest open prison) kepada rakyat Palestin.

3. Tiga kekuatan orang Yahudi/Israel:-
3.1. Kekayaan/Harta benda
3.2 Lobi
3.3 Media - AP, Reuters, CNN, MTV, Walt Disney dll.

4. Arab Saudi (kalau saya tidak silap) mengikat kontrak jual beli minyak dengan Israel selamat 20 tahun dengan harga yang paling murah di dunia.

5. Penceramah telah bertanya kanak-kanak Palestin yang malang untuk membawa ke Malaysia. Malangya bila diusulkan kepada kerajaan Malaysia, kerajaan Malaysia menolak dengan alasan pendatang asing telah terlalu banyak. Sebenarnya mmengikut penceramah kerajaan Malaysia menerima tekanan dari barat untuk tidak membantu Palestin.

6. Penceramah akan pergi lagi ke sana dalam masa terdekat dengan kapal untuk menghantar semua bentuk bantuan.

7. Kenyataan yang amat tersentuh bila Cikgu Mohd Azmi memberitahu kerajaan Malaysia tidak dapat mengambil kanak-kanak tersebut, nak tahu apa mereka kata?:-
" Tak apalah tuan, doakan kami menang dalam perjuangan kami dan InsyaAllah kita akan bertemu di syurga" mengalir air mata saya bile mendengar kenyataan itu.

TERAS sedang dalam usaha mengumpul sebarang sumbangan untuk dibawa ke sana sendiri oleh Presidennya.
TERAS juga sedang bergiat aktif dalam kempen anti Israel/Yahudi dan Selamatkan Palestin.

8. Kita sebagai umat Islam sejagat mestilah menyumbang untuk sedara sesama Islam yang menderita dan tertindas. Sumbangan boleh dari sebarang bentuk dari wang ringgit hingga sekecil-kecilnya doa dan seperti apa saya buat ini....hebahan.

Sama-samalah kita meraikan dan meramaikan sebagai sumbangan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Sila lawati www.temanteras.wordpress.com atau tel 019-4818687 untuk maklumat lanjut.

1 ulasan:

  1. Cadangan supaya surau menjemput pihak yg terlibat dgn jihad Palestin & jihad2 di tempat lain utk dtg menyampaikan penerangan kpd ahli kariah. Jiwa jihad di hati2 umat Islam perlu dibangunkan dan diutamakan berbanding melayan isu2 remeh temeh masyarakat dgn segala macam perkara2 antik yg tidak byk faedah.

    BalasPadam