CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 7 Mei 2010

TAZKIRAH

Ada 7 golongan yang akan dilidungi oleh arasy Allah di padang mahsyar esok. Kita mestilah tergolong dalam salah satu dari 7 golongan ini, kalau tidak nombor 1, nombor 2 dan begitulah seterusnya. Nabi saw bersungguh-sungguh untuk selamatkan semua manusia. Itulah tujuan kenapa Allah beri kita kuasa, isteri, anak, kereta dan lain-lain kalau kena caranya (ikut syariat) ia akan mendapat satu tiket naungan arasy Allah swt.

1. Imam yang adil: imam di sini bermaksud pemerintah. Dengan kuasa yang Allah swt beri tetapi tidak berusaha nak mengekang maksiat yang berleluasa maka tidak mendapat naungan arasy esok. Begitu juga pemerintah yang tidak mahu laksana Islam sepenuhnya mengikut Quran dan sunnah. Dan begitu juga mereka-mereka yang mengangkat pemerintah yang tidak takwa kepada Allah swt.

2. Pemuda yang membesar dengan mencintai agama: jika kita tidak dalam golongan pertama, mngkin kita dalam golongan ini. Kita lihat ramai anak muda yang lalai dengan kehidupan. Tidak ambil berat dengan ibadah kepada Allah, merasakan lambat lagi untuk mati tetapi kalau dia takut akan mati sentiasa kumpul bekalan untuk hadapi maut maka dapatlah tiket untuk duduk di naunngan arasy.

Petikan kuliah oleh Ustaz Ridwan M Noor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan