CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Sabtu, 21 November 2009

20 jemaah positif H1N1 12

Sumber : Sinar Harian

JEDDAH - Dua puluh kes Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam kalangan jemaah haji sejak umat Islam tiba dari seluruh pelosok dunia untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Memetik laporan akhbar harian berbahasa Inggeris :Daily Arab News, Menteri Kesihatan, Dr Abdullah Al-Rabeeah sebagai berkata, 12 daripada mereka dirawat, manakala kes selebihnya dalam pemerhatian.


“Kami berharap mereka akan sembuh dalam masa dua hari,” katanya.

Beliau berkata, tiada kes jangkitan penyakit lain dilaporkan dalam kalangan jemaah haji dan tindakan kementerian melakukan persediaan awal pada musim haji kali ini mendatangkan hasil.

“Tumpuan kami pada tahun ini adalah terhadap selesema babi dan Jabatan Bagi Pencegahan Perubatan serta agensi haji melantik 80 perunding bagi pusat-pusat penjagaan intensif pada masa musim ini,” katanya.

Al-Rabeeah berkata, perunding berkenaan termasuk pakar-pakar daripada pusat-pusat jangkitan penyakit Arab Saudi, negara-negara Arab lain dan Amerika Syarikat dengan sejumlah 10,000 petugas kesihatan, termasuk 100 doktor, 60 daripada mereka pakar asing bagi penyakit berjangkit serta 147 jururawat asing bagi unit-unit penjagaan intensif dan pusat kecemasan.:

Menurutnya, Kementerian Kesihatan menyediakan 14 hospital di Makkah dengan 2,782 katil, termasuk 244 katil unit penjagaan intensif dan 287 katil di wad kecemasan.

"Terdapat juga 35 pusat kesihatan kekal di Makkah, sembilan pusat kesihatan bermusim sepanjang Lebuh Raya Makkah-Madina dan empat pusat di Masjidil Haram di Makkah, 28 pusat kesihatan di Mina, 46 di Arafat dan enam di Muzdalifah," katanya.

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji berkata, tiada kes H1N1 dilaporkan melibatkan jemaah haji Malaysia dan tiada jemaah haji yang dirawat di dua hospital Tabung Haji di Aziziah dan Sisya dikesan mempunyai simptom H1N1.

Menurutnya, tiada kes H1N1 dilaporkan dalam kalangan jemaah haji Malaysia dan tiada jemaah yang dirawat di dua hospital Tabung Haji di Aziziah dan Sisya dikesan mempunyai simptom H1N1. Anggota pasukan perubatan Tabung Haji juga sedang memantau keadaan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan