CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Ahad, 6 Jun 2010

MAKLUMAN

Mulai 31 Mei yang lalu, Abu Edy tidak lagi menjadi moderator bagi blog Surau al-Amin ini setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai AJK bagi penggal 200/2010 yang lalu. Tugas moderator insya Allah akan diambil alih oleh AJK yang baru.

Segala sokongan anda selama ini diucapkan jazakallahu khairan kathira.

-abu edy-

Jumaat, 28 Mei 2010

Majlis Tempatan Selangor Haramkan Pertaruhan Sukan

Sumber MalaysiaKini

Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.
Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Sabtu, 22 Mei 2010

Hindarilah Solat Dengan Isbal (Melabuhkan Pakaian Melebihi Mata Kaki)

Sumber: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Isbal (اَْلاِسْبَالُ) bermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ketika ada seorang lelaki yang solat dengan mengenakan pakaian secara Isbal, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepadanya, “Pergilah dan ambillah wudhu’!” Lelaki itu pun pergi dan berwudhu’ semula. Kemudian dia kembali datang dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kembali berkata, “Pergilah dan ambillah wudhu’!” Ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, mengapa kamu menyuruhnya mengambil wudhu’ semula?” Dia (Rasulullah) diam untuk beberapa ketika, kemudian berkata, “Sesungguhnya tadi dia melakukan Solat, sedangkan dia memakai pakaian dengan isbal (melabuhkan pakaiannya melebihi mata kakinya (buku lali)). Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang lelaki yang memakai pakaian dengan isbal.” (Hadis Riwayat abu Daud di dalam kitab as-Sholah, bab al-isbaal fii as-Sholah, 1/172, no. 638. Juga di dalam Kitab al-Libas, bab maa jaa’a fii isbal fii as-Sholah, 4/57, no. 4086. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/67, an-Nasaa’i di dalam Kitab as-Sunan al-Kubra di dalam kitab az-Ziinah)

Bermula perjalanan Imam Muda

Sumber : Sinar Harian

Pencarian selama dua bulan akhirnya terjawab apabila 10 calon akhir dipilih untuk menyertai program realiti terbaru Astro Oasis iaitu Imam Muda.

Walaupun baru pertama kali diperkenalkan, program seumpama ini telah mendapat respons yang begitu membanggakan. Lebih seribu orang mencuba nasib pada sesi uji bakat yang di adakan di empat buah zon di seluruh negeri.

Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar tidak menyangka program yang baru pertama kali diperkenalkan menerima respons luar jangkaan.

Kumpulan Facebook lukis wajah Nabi cetus kemarahan

Sumber : Sinar Harian

JEDDAH – Penganut Islam seluruh dunia mengecam keras Facebook berikutan kewujudan kumpulan baru dalam laman web jaringan sosial itu yang membenarkan orang ramai melukis wajah Nabi Muhammad.

Kumpulan itu menggalakkan pengguna Facebook mengirimkan imej Nabi Muhammad yang dilukis mereka sebagai tanda bantahan terhadap ancaman bunuh diterima oleh penerbit rancangan animasi, South Park.

Bagaimanapun, kartunis Amerika Syarikat (AS), Molly Norris kemudian muncul menyatakan kekesalan atas tindakannya mewujudkan halaman itu.

Bergantung hidup sumbangan gereja

Sumber : Sinar Harian

SUBANG JAYA – Diduga selepas bercerai dengan suaminya tanpa pemberian sesen nafkah, seorang ibu tunggal di sini mendakwa terpaksa bergantung hidup dengan pemberian sumbangan pihak gereja bagi meneruskan kehidupan bersama tiga anaknya.

Segalanya dikatakan bermula apabila permohonan bantuan kepada agensi kerajaan tidak dipandang serius sehingga menyebabkannya buntu memikirkan kepada siapa harus mohon simpati.

Ibu tunggal berusia lingkungan 30-an yang enggan identitinya disiarkan dan hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, dia sebelum ini pernah melakukan pelbagai kerja bagi mencari sesuap nasi untuk anaknya, namun jumlah pendapatan diperoleh masih tidak mencukupi menampung keperluan hidup.

Konsekuensi Bai’at

Sumber : Tranungkite

Penulis : Al-Ustadz Abu Karimah Askari bin Jamal

Apabila seorang muslim telah berbaiat kepada pemimpin yang sah, maka konsekuensi dari baiat tersebut adalah:
1) Mendengar dan taat
Telah kami sebutkan sebagian dalil tentang kewajiban taat kepada pemimpin yang sah. Namun ada beberapa keadaan di mana seseorang tidak wajib untuk menaati pemimpin. Di antaranya:

Hizbollah sedia lancar perang terhadap Israel

Sumber : Tranungkite

Pejuang veteran, Abu Hadi ketika memandu menyusuri kubu kuat Hizbollah di lembah Bekaa, Lebanon sempat berbicara mengenai kecanggihan ketenteraan kumpulan itu sejak kali terakhir berperang dengan Israel pada 2006.

"Saya percaya kekuatan ketenteraan kami kini jauh lebih baik. Kami ada banyak kejutan untuk Israel," katanya.

Selepas hampir empat tahun perjuangan Hizbollah menentang pencerobohan askar Zionis di selatan Lubnan menemui jalan buntu, mereka kini sudah bersiap sedia menghadapi perang baru dan lebih yakin untuk menang.

Rabu, 19 Mei 2010

Antara perang dan intifadah pembebasan

Sumber : Detik Daily

Oleh - Suhaini Mokhtar

Selepas peristiwa 11 September 2001 atau lebih dikenali dengan 9/11, serangan dengan kapal terbang penumpang yang membawa runtuh dan hancurnya menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, seluruh dunia diperkenalkan dengan perang menentang keganasan atau war on terror oleh George W.Bush, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu.

Sehingga kini, lebih Sembilan tahun kemudian, suasana perang menentang keganasan tiada tampak akan berakhir segera, walaupun Presiden AS, Barack Obama yang menggantikan Bush dan mewarisi legasi perang Bush telah mengisytiharkan untuk menamatkan perang, apabila tentera AS akan dikeluarkan dari bumi Iraq dan Afghanistan, pada Julai 2011.

Ancaman arak dan judi kepada masyarakat

Sumber : Detik Daily

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Sayid Qutub berkata: Kemudian ayat yang berikut menerangkan kepada kaum muslimin hukum arak dan berjudi. Kedua-duanya merupakan kenikmatan hidup yang amat disukai oleh orang Arab pada masa mereka belum lagi mempunyai minat dan cita-cita yang yang tinggi, yang dapat mereka habiskan kegiatan-kegiatan mereka atau belum lagi mempunyai minat dan cita-cita yang tinggi yang melibatkan seluruh perasaan mereka dan menelan seluruh waktu mereka.

Ahad, 16 Mei 2010

Dengarlah Kata Ulama.....

Sumber : Tranungkite

Oleh: shahfiq86

Cuba kita tanya perhatikan anak-anak kita, rakan-rakan kita, keluarga kita berkaitan dengan ibadat mereka malah ibadat kita sendiri, apa yang kekurangan dan apa pula yang lebih dari segi kuantiti dan kualiti masing. Kadang-kadang dalam seharian saya melakukan aktiviti seharian dan pengamatan, terlalu banyak hiburan di Malaysia ini.

Punca kejatuhan umat Islam di Malaysia adalah hiburan.Kita sentiasa mahu berseronok, lepak-lepak, dan berbual kosong. Kadang - kadang pernah kita terfikir atau mengamati doa iftitah sesungguhnya solatku, dan ibadatku dan matiku hanya untuk Allah sekalian alam Sebelum baginda wafat, baginda berpesan untuk berpegang kepada dua perkara Al-Quran dan Sunnah baginda. Ini sahaja yang tinggal untuk kita semua , bukan hiburan dan harta.

Sabtu, 15 Mei 2010

Sabah : Gejala maksiat remaja meruncing?

Sumber : Detik Daily

Oleh: SHAIMON S JUMADI

GEJALA maksiat di kalangan remaja perempuan dan lelaki yang membabitkan penuntut-penuntut beragama Islam di beberapa buah sekolah menengah daerah Sandakan, termasuk orang dewasa semakin meruncing.

Perbuatan mereka ini bukan sekadar menjatuhkan maruah dan martabat Islam, bahkan telah mencemarkan nama baik kesucian Agama Islam.

Terdapat beberapa taman peranginan yang telah dikenal pasti dan dicap sebagai tumpuan sarang maksiat tempat mereka melakukan zina dan sebagainya dengan pasangan masing-masing di siang hari mahupun sebelah malam.

Fatimah al-Khattab adik yang berani

Sumber : Detik Daily

FATIMAH binti al-Khattab ialah adik Umar al-Khattab. Beliau antara wanita yang terawal memeluk Islam. Semasa Fatimah memeluk Islam, Umar al-Khattab masih menganut agama nenek moyangnya. Umar juga merupakan salah seorang yang begitu membenci hingga sanggup menyiksa orang Islam termasuk adiknya sendiri, Fatimah.

Pada suatu hari, Umar dengan marah keluar ingin membunuh Nabi Muhammad. Di tangannya ada sebilah pedang yang tajam.

Sedang asyik Umar berjalan, tiba-tiba dia ditegur oleh seorang lelaki yang bernama Nu'aim bin Abdullah an-Nahham.

Nu'iam bertanya, Wahai Umar, awak hendak ke mana?

Umar menjawab dengan suara yang lantang, "Saya ingin membunuh Nabi Muhammad."

Tazkiyatul An-Nafs

Sumber : Detik Daily

Marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa peperangan Ahzab yang berlaku didalam bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulhijjah pada tahun kelima (5) Hijrah. Peperangan Ahzab ini sangat menguji keimanan umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.

3 Yang Menghancurkan Manusia

Sumber : Detik Daily

Oleh Nik Mohd Abduh bin Nik Abdul Aziz

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata–kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;

“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara:
1) Sifat takabbur.
2) Sifat Tamak.
3) Sifat dengki.

Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.”
( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi' ms 30 )