Sumber : Sinar Harian
JEDDAH - Jumlah kematian akibat banjir besar di bandar pelabuhan Jeddah pada minggu ini meningkat kepada 106 orang, kata perkhidmatan kecemasan Arab Saudi, semalam.
Hujan lebat menyebabkan bandar pelabuhan Laut Merah itu ditenggelami banjir pada Rabu lalu.
Kebanyakan mangsa maut akibat lemas atau disebabkan jambatan runtuh dan terlibat dalam kemalangan kereta.
Pesawat-pesawat pertahanan awam dikerahkan ke kawasan-kawasan dijejaskan banjir bagi membantu mencari mangsa yang hilang.
Tiada jemaah haji di Makkah dilaporkan maut akibat banjir ketika usaha mencari mayat-mayat mangsa dipertingkatkan.
Pihak berkuasa Saudi berkata usaha-usaha kini dibuat untuk membersihkan Jeddah daripada ratusan kenderaan yang musnah akibat banjir sebelum jemaah haji mula meninggalkan negara itu.
Kementerian Dalam Negeri berkata 1.6 juta visa dikeluarkan kepada jemaah haji dari luar negara manakala 700,000 permit diberikan kepada jemaah haji tempatan.
Namun, data keselamatan awam menunjukkan lebih 2.5 juta orang memasuki Jambatan Jamarat pada Jumaat lalu.
Isnin, 30 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan