CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Sabtu, 21 November 2009

KISAH SUFIAN al-HARISI

Sufian adalah sepupu kepada Nabi saw malah menjadi saudara sesusu pada Nabi saw. Dari kecil bermain bersama, mengembala kambing bersama. Perhubungan mereka terputus apabila Nabi saw menerima wahyu untuk menjadi Nabi yang terkahir. Sejak dari itu Sufian telah membuat bermacam-macam perkara yang menghalang perjuangan Nabi saw dan umat Islam pada masa tu. Apa Sufian tidak buat, menghalang ceramah Nabi saw, menghina, menyiksa umat Islam dan bermacam-macam perkara yang terkutuk.


Setelah Islam menang dan Nabi saw balik ke Mekah untuk membebaskan penduduknya dari syirik pada Allah, maka ramai orang Mekah berduyun-duyun peluk Islam. Sufian mula gelabah takut dirinya dipancung oleh Omar ra. Maka satu hari dia menyamar pergi berjumpa dengan Nabi saw untuk memeluk Islam. Nabi saw kenal Sufian tapi baginda mangalih muka kerana bencinya baginda pada orang yang menghalang Islam sebelumnya. Sufian kecewa, lalu berjumpa sahabat lain untuk menyerah diri memeluk Islam tetapi mereka pun tidak melayan sebab tahu Nabi saw pun begitu. Keciwa sekali lagi maka berjumpalah dia dengan Ibnu Abbas bapa saudara Nabi saw utk memujuk Nabi saw agar menerima Sufian .Akhirnya Nabi pun terima tetapi Sufian tidak puas hati kerana sikap dingin Nabi.

Hinggalah pada suatu masa semasa perang Hunain di mana masa tu keadaan kucar-kacir maka dengan segera Sufian menawarkan dirinya untuk masuk dalam medan perang bagi membetulkka keaadan. Maka Nabi saw benarkan maka dilihatnya Sufian berjuang bermati-matian hingga luka berdarah pada badannya, kagumlah Nabi saw akan keberanian Sufian maka terus Nabi menggelar Sufian al Harisi sebagai Penghulu Pemuda di dalam syurga ALLAH! Takbir!!! Sebaris dengan sahabat lain Omar (Singa Allah), Abu Bakar (al-Amin), Abdul Rahman yang kuat bersedekah dan lain-lain.

Petikan kuliah oleh Ustaz Wan Hamidi Wan Mat pada 13/11/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan