Dalam himpunan 20 hadis peistiwa akhir zaman diceritakan Islam di akhir zaman ni datang dalam keadaan dagang , sama dengan turunnya Islam di zaman Nabi saw. Maksud dalam keadaan dagang ialah apabila ada orang nak bawa Islam orang lain jadi pelik. Sebagai contoh bila kita menegur jiran tak tutup aurat, mengajak jiran berjemaah, orang akan berkata kita ni menyibuk dan jaga tepi kain orang. Kadang-kadang pelik tengok orang berkopiah, berjanggut dan sinsing seluar atas buku lali jadi pelik padahal itu lah sunnah dalam Islam. Tengah mesyuarat tiba-tiba azan, bangun seorang nak solat dulu, orang lain tengok pelik, sebab mesyuarat yang utama.
Perkara ini berlaku disebabkan makin ramai orang Islam yang sudah menjauhi ilmu Islam, menjauhi majlis ilmu hanya tumpu pada pencapaian dunia dan kebendaan. Tidak peduli pada pencapaian di akhirat Nabi saw bersabda mafhumnya maka "beruntunglah mereka-mereka yang dianggap pelik pada zaman tu". Benda takkan pelik kalau semua faham tentang Islam kerana Islam tu mengajar kita dari siasah diri hingga ke siasah negara, dari urus diri (adab masuk tandas) hingga merintah negara.
Petikan kuliah oleh Ustaz Fadhil Ismai
Rabu, 18 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan