CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Rabu, 16 Disember 2009

Mais yakin capai sasaran zakat RM235 juta

Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berjaya memperoleh kutipan zakat sebanyak RM199 juta bagi tempoh Januari sehingga November tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, jumlah tersebut dijangka akan mencapai sasaran kutipan iaitu sebanyak RM235 juta bagi tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah kutipan itu sebanyak RM41.9 juta dikutip daripada zakat perniagaan.

“Bagaimanapun, kita percaya kutipan itu dijangka meningkat memandangkan kita akan memperluaskan lagi kutipan dan usaha untuk menggalakkan lebih ramai individu dan syarikat korporat membayar zakat terbabit.

“Sementara itu, di bawah setiap asnaf, terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan mereka dan juga kepentingan syiar Islam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan Pelancaran e-Zakat Pay di sini, semalam.

Beliau berkata, melalui pungutan zakat itu, Mais dapat memberi perhatian khusus dalam membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai bentuk bantuan kebajikan, malahan program meningkatkan taraf hidup masyarakat dan juga syiar Islam turut menjadi perhatian utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan