CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Sabtu, 5 Disember 2009

TAZKIRAH

Sumber : Proton Infonet

"Tidaklah patut bagi seorang Nabi mempunyai orang - orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu mengkehendaki harta benda dunia (yang tidak kekal) sedang Allah mengkehendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".- maksud Al Anfal (67).

Setelah berlaku perang Badr Nabi saw bertanya pendapat sahabatnya, Abu Bakr ra dan Omar ra tentang apa nak buat dengan orang tawanan. Abu Bakr mencadangkan agar menyuruh mereka mengajajar anak-anak Muslimin membaca dan menulis hingga berjaya dan bebaskan mereka, kerana "mereka ini semua pak long dan pak ngah kita, bukan orang lain kat Mekah ini". Beralih pada Omar, Omar kata "kill em all! Pancung semua mereka , biar aku ambik pak ngah aku , kau ambik pak ngah kau!" Tegas Omar ra. Nabi saw merah muka , nampak macam tak berkenan dengan pendapat Omar lalu beralih pada Abu Bakr dan mengikut cadangannya. Omar ra tidak merasa apa, terima saja.




Pada masa itulah Allah menurunkan ayat diatas menyokong cadangan Omar. Tujuannya untuk membunuh semua tawanan perang ketika itu supaya musuh merasa gerun (tafsir Ar Rahman). Lagi sekali Omar berlapang dada tidak merasa dirinya betul dan benar.

Sirah mengajar kita, berselisih pendapat berlaku dari zaman Nabi saw dan sahabat. Kerana berlainan pendapat itu satu hikmah selagi kita berdiri atas landasan Islam.

Dalam kitab para sahabat yang ditulis oleh Abu Hasan Ali al Najmi, ada sekali Abu Bakr ra bertegas untuk perangi mereka yang tidak mahu membayar zakat, selepas wafat Nabi saw. Omar ra menetang kerana mereka tu Islam juga, solat lagi, puasa buat haji kenapa perlu bunuh? Abu Bakr tak puas hati melompat ke Omar dan mencekak janggut Omar sambil berkata "wai haq ya Omar!!" ( celaka kau Omar ). Aku nak perangi mereka kerana mereka ingkar dengan ajaran Islam! Barulah Omar faham dan setuju dengan Abu Bakr. Kerana ingkar dengan satu rukun Islam tu sudah dikira murtad.

Antara sahabat pun berselisih pendapat tapi akhirnya benda itu dapat diselesaikan dan tidak berlarutan. Jadi kita tidak perlu bimbang kerana ini satu ujian dari Allah dan semua ada hikmah disebaliknya.

Petikan liqa' oleh Ustaz Hishamudin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan