Sumber : Tranungkite
Sebelum ini, isu berkaitan penghinaan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. hangat diperkatakan, isu kerajaan Denmark menyiarkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W. Macam-macam usaha musuh-musuh Islam untuk menghancurkan agama Islam. Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi menikmatinya.
Yang malangnya, hari ini, masyarakat Islam didunia, khususnya di Malaysia, Islamnya hanya sekadar pada nama, pada IC sahaja. Tapi segala tindak tanduk tidak melambangkan orang yang benar-benar Muttaqin.
Hinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam itu sendiri menular lagi. Yang terbarunya, mungkin ada yang sudah lama mengetahuinya, kewujudan satu blog/web yang menghina Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W., pergerakkan HAMAS, serta berkaitan dunia Islam sendiri.
Pelbagai tohmahan, cacian, fitnah mereka telah buat. Laman blog tersebut ialah http://beritamuslim.wordpress.com/ -ini bukan bertujuan promosi laman ini. Melalui komentar pembaca blog tersebut, pelbagai cacian mengutuk blog tersebut sudah banyak. Adakah sekadar itu sahaja? Semuanya terserah kepada anda. Blog ini sudah beroprasi pada April tahun 2009. Jika tidak silap, blog ini dari INDONESIA.
Salah satu cara yang lain untuk menghapuskan blog tersebut ialah dengan membuat report kepada pihak WORDPRESS.COM.
Sila masuk disini -> Report SPAM.
Selepas masuk link tersebut,
jangan lupa masukkan :
1) email anda
2) blog url beritamuslim.wordpress.com
3) why? -isikan sebab mengapa perlu hapuskan.
Contoh Sebab Report :
" This blog’s contents are full of hated and defamation that can cause of religious and racial hatred. "
- apa sahaja sebab anda boleh diterima. Mestilah berbahasa inggeris. dan ianya bertujuan untuk menghapuskan blog/web laman ini.
-jika perlu LOGIN akaun WORDPRESS, sila berbuat demikian. Jika tiada, sila register.
- semuanya terserah kepada anda semua. Mungkin ada cara yang paling berkesan dari pakar2 teknologi it untuk menghapuskan blog ini, dipersilakan. Hack?
- AWAS...!!! Jangan anda terpedaya dengannya.
Keprihatinan kita semua amat bermakna. Sama-sama kita sebarkan bantahan ini.
" Islam berdaulat, Rakyat Sejahtera "
Jumaat, 22 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan