CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Rabu, 13 Januari 2010

KISAH NAFSU

Oleh bumihijaukuning

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai
Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup
aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah
supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau
diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya.
Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang
meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai
T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat.
Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai
T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila
membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur
bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun
terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan
tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan'
betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini.
Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan
berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku
stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita
bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan
berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu
tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan
tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak.
Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama
sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki
terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula
jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki
naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan
wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis.
Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama
seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak
takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah.
Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi
tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya
darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh
buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak
ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka
berbogel....Sape yang cakap tu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan