CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 8 Januari 2010

KONVOI TIBA DI GAZA

Sumber : Tranungkite

Oleh: nanbinjai

Ahli Parlimen Inggeris, George Galloway, yang juga ketua konvoi kemanusiaan `Lifeline 3' membawa bantuan ke Semenanjung Gaza, menegaskan bahawa rombangannya kepenatan setelah disekat di Mesir selama 31 hari tetapi bila sampai di Gaza, ia suatu yang amat mengembirakan dan diluar jangkaan.

"Kami diterima dengan kegembiraan luar biasa dan disambut penuh sukacita serta kebahagian seperti gunung berapi kerana warga Gaza melihat kami kelmarin cedera dan berdarah demi demi mereka," kata Galloway.

Dalam sebuah program `Bila Hudud' (tanpa batas) yang disiarkan televisyen satelit Aljazeera, malam Rabu (6 Jan), Galloway menyatakan terkejut dengan tindakan pihak Mesir, yang menyebabkan anggota konvoi terpaksa dihantar ke hospital setelah ada yang patah tulang dan berlumuran darah.

Tindakan pihak keselamatan Mesir cukup tidak berbaloi kerana tujuan konvoi tersebut semata-mata untuk menghantar ubatan dan makanan kepada orang Palestin yang terkepung di Gaza.

Beliau berkata sebelum itu pihak berkuasa Mesir telah berjanji untuk mengizinkan mereka masuk ke Semenanjung Gaza melalui pelabuhan el- Arish tetapi pihak berkuasa Mesir ternyata mungkir janji, bahkan mereka mengepung, menahan dan mengkhianati anggota konvoi.

Galloway mengecam dakwaan Mesir yang mengatakan bahawa semua kejadian tersebut sengaja dilakukan pihak anggota konvoi.

"Tidak mungkin patah tulang dan berlumuran darah adalah sesuatu yang disengaja," katanya.

Beliau menyebut peristiwa itu adalah aib yang memalukan Mesir dan tidak mencerminkan denyut jantung warga Arab. Ini kerana tindakan sengaja yang dilakukan pemerintah Mesir memukul para konvoi.

Beliau yakin, 80% orang Mesir tidak setuju dengan perlakuan terhadap konvoi kemanusiaan yang dipimpinnya.

Mengenai tuduhan Mesir yang mengatakan bahawa Galloway ingin melakukan provokasi media, beliau berkata kejadian tersebut bukan satu-satunya yang dialami seumpama itu.

Tambah beliau, telah berlaku banyak peristiwa yang sama terhadap setiap konvoi kemanusiaan yang ingin memasuki Gaza sebelum itu. sebaliknya beliau menuduh Mesir yang melakukan provokasi ke atas anggota konvoi.

Galloway menyifatkan Mesir termasuk sebahagian daripada tindakan Israel mengepung orang Palestin di Gaza. Mesir telah memainkan peranan pembahagian dunia Arab.

Katanya: "Mereka sedang membangun sebuah (dinding aib) di Gaza kerana alasan politik, kerana orang di Gaza memilih dalam pilihan raya bebas dan adil, dan ini telah dirampas daripada warga Mesir.”

Beliau turut menyatakan bahawa konvoi kemanusiaan akan terus datang dari mana-mana, seperti konvoi kemanusiaan dari Venezuela yang akan dipimpin oleh Presiden Venezuela Hugo Chavez, konvoi kemanusiaan dari Afrika Selatan yang akan dipimpin oleh Presiden Jacob Zuma dan konvoi kemanusian dari Malaysia yang akan dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad.

Galloway menyarankan kepada Mesir agar tidak mengulangi apa yang terjadi kepada konvoi kemanusiaan "Lifeline 3" yang dipimpin beliau, terhadap konvoi yang akan dipimpin Chavez.

“Kerana ini akan menjadi kesalahan besar," tegasnya.

Anggota konvoi tersebut mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah keputusan Mesir melarang 59 kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan el-Arish untuk dibawa ke Gaza.

Polis Mesir bertindak ganas terhadap mereka selepas tiga jam anggota konvoi itu menunjuk perasaan di hadapan pintu masuk dan keluar keselamatan di pelabuhan itu.

Empat anggota konvoi yang parah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut di hospital berdekatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan