CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 8 Januari 2010

Mesir benarkan konvoi bantuan masuki Gaza


Sumber : Sinar Harian
GAZA - Aktivis keamanan dari 40 negara dan konvoi kenderaan yang membawa bekalan ubat serta makanan berjaya memasuki Gaza dari Mesir, kelmarin.

Kejayaan itu dicapai selepas penganjur konvoi Viva Palestina mencapai satu perjanjian dengan pihak berkuasa Mesir.

Di bawah perjanjian itu, kesemua 515 aktivis dan 159 lori yang membawa bekalan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza manakala 59 lori yang membawa janakuasa dan kenderaan akan kembali ke pelabuhan Latakia di Syria.

Konvoi 59 lori itu akan pergi ke kem pelarian di Syria dan Lebanon.

Penganjur konvoi memberitahu mereka menolak cadangan Mesir supaya meminta kebenaran Israel untuk memasuki Gaza.

"Kami enggan meminta kebenaran Israel," kata seorang peserta konvoi dari Ireland.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan