CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 5 Februari 2010

Hamas sedia berdialog bersama AS, Kesatuan Eropah


Sumber : Sinar Harian

BANDAR RAYA GAZA - Hamas bersedia mengadakan dialog dengan komuniti antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), kata pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh.

Hamas menguasai Genting Gaza sejak Jun 2007 selepas menewaskan seteru politiknya, Fatah.

Ia dilabelkan sebagai pertubuhan pengganas oleh AS dan EU yang mengambil pendirian enggan mengadakan sebarang dialog formal dengan kumpulan tersebut.

Antara halangan utama yang menyukarkan proses dialog adalah keengganan Hamas mengiktiraf kewujudan Israel yang dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan kumpulan itu.

"Mereka perlu mengiktiraf kami dahulu iaitu hak rakyat Palestin. Kami adalah mangsa," kata Ismail.

Beliau turut mengulangi sokongan Hamas terhadap penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan perjanjian sempadan 1967.

Palestin menuntut kewujudan negara merdeka yang ditentukan berdasarkan perjanjian sempadan sebelum perang Arab-Israel pada Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan