CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Rabu, 17 Mac 2010

Kisah Hasan al-Basri

Sumber : Tranungkite

Oleh : nasya

Sebaik sahaja Sayidina Ali r.a dilantik menjadi khalifah, baginda terus berkunjung ke masjid-masjid di dalam negara untuk memastikan perjalanan struktur/peranan masjid berjalan dengan lancar.

Sekali peristiwa semasa di Basrah, beliau telah berpeluang mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang budak lelaki kecil.

Majlis itu dipenuhi dengan orang ramai. Selepas tamat majlis,Sayidina Ali memanggil budak muda itu lalu berkata:
"Wahai budak, engkau telah berkata dan engkau sungguh pandai berkata-kata dan engkau seorang yang fasih, dan engkau menepati (kebenaran). Aku akan tanya kamu 2 soalan,
yang pertama apakah dia tiang agama?

Jawabnya: Wara'

Sayidina Ali r.a bertanya lagi: Yang ke dua,apa dia perosak pada agama?

Jawabnya: Tamak

Seterusnya Sayidina Ali r.a berkata: "Teruskanlah wahai budak. Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik orang yang aku lihat."

Budak kecil itu ialah Hassan al-Basri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan