CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Isnin, 15 Mac 2010

Ulasan Ceramah Maulidurrasul di Permatang Damarlaut

Sumber : Tranungkite

Oleh: ultrawoman

Satu Ceramah Maulidurrasul telah di adakan di Permatang Damar Laut. Ust. Siddiq Nor telah memberi ceramah tersebut. Tempatnya bersebelahan laut dan nyaman betul pada 14 Mac 2010 malam. Ceramah adalah anjuran JKKK Permatang Damar Laut (kalau salah tolong betulkan).

Ceramah dimulai dengan penayangan gambar video bertemakan penderitaan rakyat Palestin. Selepas itu Ust Sidik Nor terus menyampaikan ceramahnya.

Di antara isi penting ialah beliau menegaskan kita hendaklah berpadu atas nama Islam. Bukan atas nama bangsa. Berpadu atas nama bangsa untuk apa? Untuk main ekor? Bangsa Arab zaman jahiliyah berpadu dalam tugas buang anak. Mereka bergotong-royong dalam menanam anak kecil hidup-hidup. Adakah perpaduan buang anak yang kita mahukan?

Beliau menegaskan kekadang air yang tenang tidak semestinya baik sebagaimana air yang bergelora tidak semestinya tidak baik. Sebagai contoh air tenang tetapi ayaq acaq yang tidak ada gunanya. Air terjun walaupun bergelora tetapi diminum mendatangkan rasa sejuk satu badan.

1. Rasulullah sekiranya mahu berpadu , beliau akan bawa Islam. Beliau lebih mementingkan Islam lebih daripada perpaduan kebangsaan. Biar Arab berpecah asalkan Islam dapat ditegakkan.

2. Umat Islam sepatutnya menjadi umat contoh dan meninggalkan larangan Allah.

3. Jangan hati saja cintakan rasulullah tetapi tidak percayakan ajaran rasulullah.

4. Tanpa kedatangan Islam, umat Arab tidak dipandang langsung.

5. Umat Arab sebelum kedatangan Islam amat penakut hingga mendoakan supaya Allah memelihara baitullah sendiri kerana itu rumahnya ketika tentera bergajah menyerbu Mekah.

6. Beliau memberi contoh kera yang ditembak dengan darah yang masih menitik memangku dan menyusu anaknya hingga kenyang. Selepas itu kera itu akan meletakkan anaknya di atas pelepah pokok yang selamat sebelum mati. Beliau membandingkan kasih sayang kera terhadap anaknya adalah lebih berbanding manusia yang buang anak.

7. Umat Islam di China lebih awal Islamnya berbanding umat Melayu. Mereka telah masuk Islam di zaman Saad bin Abu Waqas.

8. Beliau berharap para nelayan tidak meninggalkan solat walaupun ketika berada di atas bot. Allah berbangga dengan orang yang solat dan Allah memuji para penunai solat di atas bot kepada malaikatnya.

9. Beliau mengharapkan umat Islam berusaha mencari ilmu untuk mengenal tuhan dan menginsafi umur manusia semakin dekat degan kematian.

10. Jangan jadi seperti manusia yang bekerja kuat hanya sekadar utuk mencari makan. Apabila di tanya kenapa pula makan kuat? Individu berkenaan berkata ini kerana dia sudah bekerja kuat tadinya....

11. Lisanul hal lebih penting berbanding percakapan; beliau memetik sebagai kata ulamak: Islam umpama pokok yg berbuah lazat dan bermanfaat tetapi dikelilingi oleh pagar yang berduri (para penganutnya yang tidak memberi contoh yang baik) akibatnya bukan Islam tidak dapat menghampiri pokok tersebut atau tidak mahu dan mengambil manfaat daripadanya.

12. Beliau memberi contoh bahawa umat Melayu zaman silam mentadbir Melaka dengan Islam. Bila Islam di Melaka jatuh, Kerajaan Islam di tegakkan di Patani , Aceh, di Pasai , di Demak dan di Ternate.

13. Beliau mahukan umat Islam kembali kepada Islam.

14. Ummat Islam sepatutnya memberi sokongan kepad bukan Islam yang mahu mempelajari Islam seperti Nga Kor Meng - jangnlah dibuat laporan polis. Walaupun Nga Kor Meng membaca quran tidak berapa tepat , tetapi beliau berhajat untuk mengkaji quran. Beliau kesal dan apalah nak dihairankan bila bukan Islam tidak dapat membaca quran dengan baik atau pelat kerana umat Islam ramai lagi yang tidak dapat membaca quran dengan baik bahkan yang langsung tidak pandai membaca quran pun ramai.

15. Apabila saudara Lim Guan Eng mahu mencotohi pemerintahan Umar Abdul Aziz sepatutnya ummat Islam menyokong kemahuannya dan membekalkan buku-buku Umar Abdul Aziz kpada Lim Guan Eng. Beliau menyindir ummat Islam yang tidak kenal Khalifah Umar Abdul Aziz sebaliknya hanya kenal Omar Rojik.

16. Khilafah Islam yang berakhir di Turki kerana hasutan barat yang meniupkan semangat assabiyah perkauman denga mengatakan khilafah sekarang dikuasai orang Turki dan akhirnya ummat Islam menyerang khilafah Islam di Turki kerana semangat kebangsaan mereka.

Ceramah berakhir kira-kira jam 11.50 minit malam. Minuman air diedarkan secara percuma kepada hadirin.Terima Kasih kepada Ust. Sidiq yang dengan bersungguh-sungguh memberi penerangan dalam ceramah beliau walaupun beliau sepatutnya keletihan setelah memberi kuliah maghrib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan