CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Sabtu, 17 April 2010

SELAMAT BERMESYUARAT

Esok adalah hari di mana akan berlangsungnya Mesyuarat Agung ke-8, Surau al-Amin, insya Allah. Diharapkan semua anak qariah akan dapat meluangkan masa menghadirkan diri dalam mesyuarat ini. Gunakanlah ruang masa yang ada untuk memberikan pendapat, pandangan atau teguran untuk memperbaiki lagi pentadbiran dan program ibadah surau.

Pada tahun ini juga akan diadakan pemilihan baru untuk para pegawai dan pentadbir surau. Oleh itu, pihak surau mengucapkan terima kasih dan jazakallahu khairan kathira kepada semua pegawai dan pentadbir sesi 2008/10.

Selamat bermesyuarat

- abu edy al-boltoni -

1 ulasan:

  1. Alhamdullillah, Organisasi baru telah dipilih utk sesi 2010/11. Tahniah sy ucapkan. Sehubungan dgn itu, marilah kita bersama-sama memberi sokongan demi memajukan dan memertabatkan lagi Surau Al-Amin kita. Berikan lah pandangan membina atau positive dan bukan yg negative. Salam

    BalasPadam