CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Ahad, 16 Mei 2010

Dengarlah Kata Ulama.....

Sumber : Tranungkite

Oleh: shahfiq86

Cuba kita tanya perhatikan anak-anak kita, rakan-rakan kita, keluarga kita berkaitan dengan ibadat mereka malah ibadat kita sendiri, apa yang kekurangan dan apa pula yang lebih dari segi kuantiti dan kualiti masing. Kadang-kadang dalam seharian saya melakukan aktiviti seharian dan pengamatan, terlalu banyak hiburan di Malaysia ini.

Punca kejatuhan umat Islam di Malaysia adalah hiburan.Kita sentiasa mahu berseronok, lepak-lepak, dan berbual kosong. Kadang - kadang pernah kita terfikir atau mengamati doa iftitah sesungguhnya solatku, dan ibadatku dan matiku hanya untuk Allah sekalian alam Sebelum baginda wafat, baginda berpesan untuk berpegang kepada dua perkara Al-Quran dan Sunnah baginda. Ini sahaja yang tinggal untuk kita semua , bukan hiburan dan harta.

Tetapi Al-Quran ini perlu ditafsir, depelajari dan perlu disebarkan . Ini lah peranan ulama selepas wafatnya Baginda dan para sahabat. Dari dulu hinggalah sekarang telah banyak kitab yang diterbitkan dari ulama tersohor yang menghuraikan hukum hakam, sirah dan tauhid, feqah dan tasauf dari Al-Quran. Sekarang ni, cube kita bilang dengan jari berapa ulama yang tinggal. Baginda pernah bersabda Sesungguhnya Allah tidak akan mematikan manusia begitu sahaja tetapi Dia akan mematikan para ulama sehingga kita semua memilih pemimpin, dan pemimpin sesat itu sesat dan menyesatkan Dalam kontek ini samalah seperti di Malaysia, ulama-ulama semakin tua dan seakan-akan tiada pelapis yang mempunyai kualiti pemahaman yang tinggi seperti yang ada sekarang.

Tapi masih lagi mahu memperlekeh ulama yang ada. Jika mati semua ulama ini, dimana kita hendak rujuk ? Kembalilah kepada ulama yang ada, rujuklah mereka, dekatilah mereka.

Telah diedit semula oleh mod

1 ulasan:

  1. Banyak sungguh tugas ulama, berat sungguh tanggung jawab mereka sedangkan bilangan mereka tidak cukup ramai utk menasihati setiap jiwa muslim supaya menghindari maksiat dan bersegera melakukan amal soleh. Marilah kita sama2 tolong ulama dlm menjalankan tugas mulia ini. Marilah cetuskan idea2 dan bangunkan minda supaya sama2 beramal. Aturkan program2 agama selain hanya ceramah supaya setiap golongan rasa terpanggil utk menghayati cara hidup muslim.

    BalasPadam