
RIYADH - Penduduk Arab Saudi, termasuk jemaah haji dari luar negara, tetap menyambut meriah Aidiladha walaupun negara itu ketika ini sedang bergelut menghadapi bencana banjir yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut.
Di Masjidil Haram di Makkah, orang ramai menunaikan solat Aidiladha dengan diimamkan Sheikh Osama Khayyat.
Hussein Al-Sheikh pula mengimamkan jemaah yang memenuhi Masjid Nabawi di Madinah, yang turut disertai Gabenor Madinah, Putera Abdul Aziz bin Majed.
Kira-kira 200 masjid dan 30 dataran awam di sekitar ibu kota dipenuhi penganut Islam yang mahu menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah.
Gabenor Riyadh, Putera Sattam memberi peluang kepada penduduk di Deira untuk bersolat bersama beberapa ahli keluarga diraja, pegawai tertinggi kerajaan dan diplomat luar.
Suasana tengah malam di Riyadh juga meriah apabila penduduk mengambil peluang membeli belah sempena perayaan Aidiladha.:
Jumlah import ternakan korban dari luar negara pula meningkat 20 peratus, kata Kementerian Pertanian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan