Program Qurban untuk tahun ini telah berjalan seperti dirancang semalam. Walaupun hujan telah turun pada awal pagi, sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan. Sembelihan telah disempurnakan oleh Ustaz Hafiz (Imam II Masjid an-Naim, Jln. Kebun yang juga guru SK Bukit Rimau) dan Tuan Haji Marzuki dari Bukit Rimau. Mereka menggantikan penyembelih tetap Surau al-Amin iaitu Ustaz Sahrom Barahim yang kini berada di tanah suci mengerjakan ibadat haji.Sebanyak lebih kurang 62 anak qariah dan penduduk sekitar Taman Berjaya hadhir dan mendaftar sebagai pemegang kupon untuk pengagihan daging korban pada tahun ini. Pengagihan telah dilakukan pada tengahari dan 2kg daging diberikan pada setiap keluarga.
Jazakallahu khairan kathira diucapkan pada semua petugas dan mereka yang telah membantu di dalam menjayakan program ini.

Kambing ditumbangkan dahulu kerana akan
dijadikan kari.

Lembu pertama ditumbangkan milik keluarga
Ustaz Sahrom

Makcik-makcik yang sebuk potong bawang
sambil bergosip

Abang ni memang power!

En. Mail berdiri potong daging macam
nak putting......

Chief Qurban En. Fozi mengagih daging

Adik 2 orang ni muncul bila time makan je....
Abu Edy al-Boltoni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan