Sumber : Sinar Harian
BANDAR GAZA - Sayap bersenjata Hamas semalam berkata kumpulan pejuang di Gaza bersetuju untuk menghentikan serangan roket ke Israel tetapi akan bertindak balas jika diserang.
"Perjanjian antara Briged Ezzedine Al-Qassam dan kumpulan lain untuk menghentikan serangan roket bukan tanda kelemahan," kata kenyataan kumpulan itu.
Menurutnya, perjanjian itu bertujuan untuk menyatukan kumpulan pejuang dan demi kepentingan perpaduan rakyat Palestin.
Ia memberi amaran akan bertindak balas jika Israel melancarkan serangan ke atas wilayah itu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas serangan roket dilancarkan dari Gaza ke Israel tanpa menyebabkan sebarang kematian atau kecederaan.
Tentera Israel membalas serangan itu dengan menyebabkan lapan rakyat Palestin cedera.
Isnin, 23 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan