CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Selasa, 24 November 2009

TAZKIRAH

Di dalam Islam orang lelaki tidak boleh melihat perempuan yang ajnabi samada secara sengaja walaupun sekejap. Tak kira jika seksi, pakai tudung, pakai purdah ke atau dengar suara pun dikira haram atau gambar dalam majalah atau akhbar. Contoh mendengar nyanyian dari orang perempuan, walaupun tak nampak muka tapi dengan suaranya kita dah terbayang mukanya. Sebagai lelaki Islam yang mukmin elak diri kita dari memerhati perempuan lain selain dari isteri kita walaupun dia menutup aurat.


Di dalam Islam hanya lelaki yang hendak berkahwin dibenarkan melihat calonnya, ini berikutan dari hadis Nabi saw dimana seorang muhajirin yang ingin mengahwini muslimat Ansar mengadu pada Nabi saw, maka baginda menyuruh pemuda tersebut melihat dulu calonnya. Maknanya, di dalam Islam semasa bertunang lelaki yang hendak berkahwin saahja yang boleh melihat, tetapi kita sekarang dengan rombongan 7 kereta datang melihat dengan bapa kita, orang tua muda semua nak tengok, Islam melarang perkara ini sebenarnya. Di dalam Islam lelaki yang nak berkahwin dibolehkan untuk melihat bakal isterinya hanya di muka dan tapak tangan sahaja , tidak perlu 'scan' satu badan. Ulama mengatakan ianya untuk melihat kecantikann tapak tangan tu untuk melihat kesuburan (sila buka kitab jika ingin tahu lebih).


Islam melarang upacara bersanding kerana itu amalan Hindu, memperlihatkan isteri kita di khalayak ramai, sedangkan awal lagi Islam sudah melarang kita tengok perempuan. Jadi kalau kita nak bercakap dengan orang perempuan yang selain dari isteri kita, hendak lah direndahkan pandangan kita atau di ringkaskan perbualan. Tetapi ia dibolehkan apabila dalam keadaan lelaki itu mengajar atau dalam keadaan berjual beli. Islam amat-amat menjaga mata kita kerana sekali kita telah melihat perempuan lain maka mata kita dipanah oleh iblis-iblis dan menyebakan kita tertarik dan iblis-iblis ni akan bergayutan di tubuh wanita hingga kita menjadi alpa.


Petikan kuliah maghrib by Ust Amir Hisham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan