CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 27 November 2009

48 maut banjir buruk di Arab Saudi


Sumber : Sinar Harian

JEDDAH - Sekurang-kurangnya 48 orang maut dan 900 lagi diselamatkan di Arab Saudi akibat banjir buruk selepas hujan lebat melanda negara itu, kelmarin.

Pasukan pertahanan awam berkata, 44 orang maut di bandar raya Jeddah dan empat lagi di Makkah dengan kesemua mangsa dipercayai mati akibat lemas, kata pihak berkuasa.

Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan perumahan di Jeddah ditenggelami air selain memusnahkan beberapa kediaman penduduk.

Ribut kuat melanda bandar raya di barat Arab Saudi itu pada pagi kelmarin dengan menyebabkan jalan raya ditenggelami banjir.

Di satu bahagian di Jeddah, sebuah bas kelihatan tenggelam akibat banjir yang menutupi sebatang jalan di bandar raya itu.

Ribut yang melanda turut menyebabkan beratus-ratus jemaah haji yang dalam perjalanan dari Jeddah ke Makkah terkandas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan