KUALA SELANGOR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Kushrin Munawi berkata, bantuan diberikan kepada golongan itu bagi mengurangkan beban dengan membeli barang-barang persekolahan anak-anak.
Menurutnya, ia adalah untuk memastikan anak asnaf ini dapat berubah nasib keluarga mereka dengan meneruskan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah dan berjaya mencapai keputusan yang lebih cemerlang di masa akan datang.
“Kebanyakan anak-anak golongan asnaf ini, masih lagi di tahap pelajaran yang kurang cemerlang dan perlu meningkatkan pelajaran yang lebih tinggi hingga ke menara gading.
“Anak-anak perlu sedar segala bantuan yang diberikan dan apa yang perlu mereka lakukan hanya tumpuan pada pelajaran sahaja tanpa memerlukan wang kerana bantuan telah pun diberikan,” katanya pada Majlis Penyampaian Agihan Bantuan Pendidikan Anak Asnaf Fakir/Miskin 2010 daerah Kuala Selangor di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor.
Beliau berkata, mereka ini haruslah mempunyai kesedaran diri dalam jiwa dengan bantuan yang diberikan semata-mata untuk membantu mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran dan bersaing dengan orang lain.
“Mereka yang menerima bantuan ini, perlulah berjimat-cermat dengan menggunakan sebaiknya dan tidak disalahgunakan.
Tidak lama lagi, musim persekolahan akan mula dan bolehlah menggunakan bantuan itu untuk memperbelanjaan anak-anak dan selebihnya, untuk membayar yuran sekolah anak-anak,” katanya.
Mohammed berkata, sebenarnya, anak-anak asnaf ini boleh dan berupaya untuk mencapai kejayaan yang tinggi hingga ke peringkat yang lebih tinggi namun ia perlu disertakan dengan semangat untuk belajar dalam diri.
“Kita hanya boleh membantu mengurangkan beban tanggungan keluarga dan mereka hanya perlu memastikan anak-anak meneruskan pelajaran dan tidak tercicir.
“Apa yang paling penting, peranan semua pihak dan sifat positif diri sendiri untuk membuktikan bahawa anak-anak asnaf ini boleh berjaya terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman,” katanya.
Menurutnya, LZS akan sentiasa menyediakan pelbagai bentuk bantuan demi memastikan golongan asnaf ini mendapat bantuan yang sewajarnya.
Dalam pada itu, penerima dapat menerima wang dan basikal yang diberikan oleh LZS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan