Sumber : Sinar Harian
SHAH ALAM- Bahagian penguat kuasa perlu dikekalkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mengelak masalah jika bahagian itu dijadikan jabatan berasingan.
Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, masalah tidak dapat diselesaikan walaupun bahagian penguatkuasaan ditubuhkan sebagai jabatan berasingan kerana masalah yang perlu diselesaikan adalah kekurangan anggota penguat kuasa.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, mencadangkan jabatan penguatkuasaan syariah dan jabatan pendakwaan syariah negeri diwujudkan bagi memantapkan agensi: penguatkuasaan agama di negara ini.
Mohamed Khusrin berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menambah bilangan waran bagi membolehkan Jais melantik lebih ramai anggota penguat kuasa.
“Seramai 40 anggota penguat kuasa akan ditambah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri,” katanya.
Sebelum ini, Jais mengasingkan bahagian pendakwaan syariah daripada jabatan itu dan mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Exco Kerajaan Negeri.
“Sekarang pihak Jais hanya menunggu kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengasingkan bahagian pendakwaan syariah daripada Jais,” katanya.
Khamis, 10 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan