Berikut adalah terjemahan talkin yang dibacakan pada si mati. Sebutkan nama sendiri bila sampai seruan nama si mati. Apa perasaan anda?
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan
yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan
yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan
siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur
sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang
lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan
jahanam dan
binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang
Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali
menghadap hadirat Allah
Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU
SAYA, wahai SAYA Bin
IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji
Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng
kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa
tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA
Bin IBU SAYA, apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa
dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan
takut, janganlah
kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu
susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya
Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba
Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan
menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah
kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan
iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama
kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan
cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa
gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang
dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala
Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab
suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa
di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan
ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara
aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha
illallah Muhammad
dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu
sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu
masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul
di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya
mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam
kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita
dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang
Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah
benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka
adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang
maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam
kubur.
Di akhirnya
kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah
Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah
Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan
kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan
kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon
kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu
kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun
wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Khamis, 10 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan