Di kalangan orang-orang Melayu, 10 Muharram disambut dengan jamuan bubur 'Asyura'. Sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah besar yang melanda dunia pada ketika itu. Alkisah, setelah mendarat maka awak-awak bahtera pun mengumpul segala apa bahan makanan yang ada di kapal untuk dimasakkan sekali gus. Maka dimasukkanlah tepung-tepung, kacang, jagung, badam, gula, garam, dan sebagainya dan terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur 'Asyura'.
Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut dianggap 'bukan' Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.
Jenis bubur Asyura
1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Tanah Melayu.
2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung anah Melayu.
3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.
RESIPI BUBUR ASYURA
Menurut sejarah orang Melayu, bubur Asyura harus mempunyai 10 bahan utama. Pilihan ubi dll bergantung pada individu itu sendiri. Bagi yg tidak suka berempah, boleh kurangkan.
BUBUR ASYURA
250 gm beras
2 liter air
1 ekor ayam
300 gm daging lembu
80 gm kacang hijau
80 gm kacang merah
80 gm kacang ‘kidney beans’ putih
250 gm keledek
3 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk lada sulah
250 gm tepung beras
2.5 liter santan (drpd 2 biji kelapa)
Bahan Rempah
5 sm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
Cara membuatnya
• Potong ayam anggaran 16 keping. Asingkan leher, kepak dan rusuknya (kerana banyak tulang). Hiris daging kira-kira 3 sm kiub.
• Rebus kacang hijau, kacang merah dan kacang putih berasingan hingga empuk.
• Kupas keledek, potong kiub 2 sm dan rebus hingga empuk.
• Tanak beras dengan air, ayam dan daging di atas api sederhana hingga kembang menjadi bubur. (Jika suka, boleh asingkan tulang ayam pada peringkat ini).
• Sangai semua rempah hingga wangi kemudian kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bubur.
• Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Kacau di atas api perlahan hingga mulai pekat. Masukkan serbuk lada sulah.
• Bubuh semua bahan lain dan kacau lagi hingga kental. Adunan hendak berkilat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Ratakan di dalam tin atau loyang yang dilengser sedikit minyak.
• Biar sejuk sebelum dihiris ikut suka.
Ahad, 27 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan