CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Sabtu, 26 Disember 2009

KEPADA SI PEMAKAI CINCIN

Sumber : E-mail dari JD

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di :
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada :
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw, mudah dapat pahala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan