CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 11 Disember 2009

MAKLUMAN




SEMINAR TAKHRIJ HADITH NUSANTARA REALITI DAN KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM

Anjuran:
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

Dengan Kerjasama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam, UM

Pada:
30 & 31 Disember 2009 (Rabu – Khamis)
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Objektif
Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:

1. Mengenal pasti keperluan dan kepentingan takhrij hadith serta cabaran dan rintangannya dalam masyarakat Islam serantau.

2. Memastikan ketelusan dan kesahihan fakta yang dijadikan dalil daripada hadith Nabi SAW sebagai sumber hujah.

3. Menghuraikan peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau.

4. Ke arah penubuhan Darul Hadith sebagai pusat penyelidikan hadith serantau.


Tema:
“Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat”

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:

• Cabaran dan Isu-Isu Takhrij di Nusantara

• Takhrij di Institusi Pendidikan dan Institusi Agama

• Takhrij Dalam ICT dan Teknologi Moden

• Takhrij Dalam Pengajaran Umum, Bahan-Bahan Bacaan Umum dan Media Massa

• Darul Hadith


Perasmi, Ucap Utama Dan Pembentang Utama:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir B. Hj. Baharom

Pembentang kertas kerja utama terdiri daripada:

Dalam Negara
1. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj Mohd Yusoff (UM)
2. Prof Dr. Mohammed Abul Lais Khairabadi (UIAM)
3. Prof Dr. Jawiah Dakir (UKM)
4. Prof Madya Dr. Fauzi Deraman (UM)
5. Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi bin Othman (USM)
6. Prof. Madya Dr. Ishak Hj Suliaman (UM)

Luar Negara
1. Prof. KH Dr. Ali Mustafa Yaqub (Institut Ilmu Al-Qur'an (HQ) Jakarta, Indonesia)
2. Dr Lutfi Fathullah (UIN Jakarta,Indonesia)
3. Prof. Madya Dr. Abdullah Benyousef Kareena (Prince of Songkla University)
4. Dr. Haji. Muhammad Nur Lubis Bin Abd Razak Nur al-Hafiz (Tim. Mufti, Kerajaan Brunei Darul Salam)
5. Muhammad Fartis Bakaram (Timb. Mufti Majlis Ugama Islam Singapura)

Bahasa Pengantar:
Seminar ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimana pun, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab diterima untuk pembentangan dan kertas kerja sisipan.

Yuran Pendataran:
Setiap penyertaan perlu mengemukakan yuran penyertaan mengikut klasifikasi berikut:

Institusi : RM 380.00
Pembentang : RM 300.00
Individu : RM 180.00
Kertas Kerja Sisipan : RM 180.00
Pelajar (Ada Kad Matrik) : RM 80.00

Tarikh-Tarikh Penting:
Tarikh mengemukakan abstrak: 30 Oktober 2009. Tarikh kelulusan abstrak: selewat-lewatnya pada 7 November 2009. Tarikh mengemukakan kertas kerja lengkap: 30 November 2009.


Sasaran Peserta Dan Jumlah:

300 orang peserta yang terdiri daripada :

1. Pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan dan majlis-majlis agama
2. Ahli Akademik
3. Guru-guru Takmir Masjid
4. Mahasiswa
5. Individu
6. Wartawan dan Penulis

Hadith merupakan sumber primer selain al-Quran. Berbeza dengan al-Quran, hadith sering terdedah dengan isu-isu keautoritiannya. Kelahiran karya seperti al-Mawdu’at oleh Ibn al-Jawzi, al-Lali al-Masnu’ah ‘ala Ahadith al-Mawdu’ah oleh al-Suyuti dan Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawdu’ah oleh al-Albani jelas menunjukkan keprihatinan para ulama mempastikan ketulinan dan kesahihan hadith.

Masyarakat Islam di Nusantara juga tidak terlepas dari terpengaruh dengan hadith-hadith tidak sahih. Kajian-kajian yang dilakukan di pusat-pusat pengajian tinggi sedikit sebanyak telah membongkar gejala ini. Seminar ini antara lain cuba mendedahkan realiti penggunaan hadith di kalangan masyarakat Islam di Nusantara di samping mengenalpasti cabaran dan keperluan yang boleh diambil tindakan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.

Saudara-saudara sekalian dijemput untuk menghadiri seminar ini bagi menambah ilmu pengetahuan disamping dapat bermuamalah dan berkenalan dengan ilmuan Islam kontemporari dengan lebih dekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan