Sumber : Sinar Harian
KETIKA kerajaan Filipina dikecam dari luar dan dalam negara berikutan insiden pembunuhan di Maguindanao yang menyebabkan 57 orang terbunuh, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) secara senyap mengorak langkah ke arah proses damai Mindanao.
Panel rundingan damai, yang dipengerusikan wakil Manila, Duta Rafael Seguis dan wakil MILF, Mohagher Iqbal kini sudah mencapai beberapa perkembangan positif pada Julai dan September lalu.
Menurut kenyataan bersama oleh Manila dan MILF, rundingan damai kedua-dua pihak dijadualkan disambung di Kuala Lumpur, Malaysia pada Selasa ini.
Tiga negara iaitu Britain, Jepun dan Turki setuju mengambil bahagian dalam Kumpulan Hubungan Antarabangsa (ICG).
ICG adalah sebuah kumpulan dianggotai kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan hubungan tegang yang tercetus antara Manila dan MILF.
Antara anggota ICG adalah Yayasan Asia, Pusat Dialog Kemanusiaan dan Perikatan Sumber dan Muhammadiyah. Mesyuarat organisasi pertama kumpulan tersebut diadakan di Manila.
Rundingan damai antara kerajaan dan MILF dihentikan pada tahun lalu selepas kumpulan serpihan pertubuhan itu menyerang penduduk awam di tengah Mindanao.
Sabtu, 5 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan