Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat sepertimana yang biasa dilakukan pada pagi jumaat ketika solat subuh berjemaah di Masjid oleh Imam. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW. telah bersabda : Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu dia sujud; maka Syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat Syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku Neraka – Petikan dari Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan. Istimewanya pada hari Jumaat kebiasaannya dilakukan ketika solat wajib subuh .
Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia berkata : Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari.
Bacaan semasa sujud sajadah :
"sajjada wajhialillazhi, kholaqohu, wasthouwarohu,wshaqqossam'ahu,wabasthorohu bihaulihi fatabarokallahu ahsanul kholiqeen"
Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."
Jika tak dpt nk hafal ayat ni,cukup sekadar kita baca:
"sajjada wajhialillah"
Jika tidak dapat juga atau terlupa..bertasbihlah
Ahad, 6 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan