CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Rabu, 2 Disember 2009

Musim haji catat kejayaan

Sumber : Sinar Harian

MAKKAH - Kerajaan Arab Saudi menganggap musim haji tahun ini berakhir dengan kejayaan pabila tiada sebarang malapetaka atau kejadian tidak diingini berlaku.

Hampir 3 juta jemaah meninggalkan Mina ke Makkah untuk mengerjakan tawaf dan sae di Masjidil Haram bagi menyempurnakan ibadah itu.

Timbalan Perdana Menteri Kedua, yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi dan pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Naif memuji kerjasama baik ditunjukkan jemaah dan petugas keselamatan yang menjadikan ibadah haji tahun ini sebagai satu kejayaan.


Aspek keselamatan di Arab Saudi tahun ini berada pada tahap cukup optimum, kata Putera Naif dipetik Arab News.

"Setiap tahun kami berusaha keras untuk menjadikan musim haji yang bakal dilalui jemaah lebih baik berbanding tahun terdahulu. Kami tidak melihat pada kerakyatan, bahasa atau warna kulit jemaah, kami beri layanan yang sama.

"Kami harap ibadah anda semua (jemaah) akan diterima oleh Allah, dan anda dapat kembali ke tanah air masing-masing dengan selamat," katanya.

Gabenor Makkah Putera Khaled Al-Faisal, yang juga pengerusi jawatankuasa Haji Pusat berkata, musim haji tahun ini juga bebas daripada sebarang kemalangan besar.

Menurutnya, seramai 2.5 juta jemaah melakukan ibadah melontar di Jamrat, manakala jumlah jemaah haji yang tiba tanpa menggunakan saluran yang betul mencecah 753,000 orang.

Putera Khaled berkata, kejayaan haji musim ini juga banyak dibantu dengan penyediaan perkhidmatan kenderaan bas shuttle, yang membawa 300,000 jemaah setiap jam, pembinaan jambatan Jamrat setinggi lima tingkat yang berharga lebih SR4.4 bilion (RM3.98 bilion) dan pelebaran kawasan di Arafah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan