CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Khamis, 3 Disember 2009

TAZKIRAH

Nabi berpesan kepada Abu Hurairah, mahfumnya, buatlah 3 perkara ni, jadikan lah dia amalan sepanjang hidup kita, jangan di tinggalkan. Abu Hurairah bukan kecik anak, seorang ulama besar tapi Nabi saw masih berpesan padanya dan juga maksudnya pada umatnya. Apakah amalan itu?

Pertama Nabi berpesan, jangan tinggal solat Witir, kita hanya rajin waktu bulan Ramadhan je , pas tu tinggal. Sebelum tidur pastikan 2 rakaat witir jalan, kalau susah sangat takut tertidur buat lepas solat baadiah Isya.


Kedua Nabi berpesan , jangan tinggal puasa sunat 3 hari pada setiap bulan Hijrah iaitu pada 13, 14 dan 15hb, waktu itu ketika bulan mengembang penuh.

Ketiga Nabi berpeasan, jangan tinggal solat duha, kurang-kurang 2 rakaat dan yang sempurna 8 rakaat, jadikan amalan dan terus istiqomah. Solat duha membantu kita ringankan beban masalah. Sebelum masuk kerja ambil wudhu, 2 rakaat atau rehat 10.30pagi singgah sekejap di surau solat 2 rakaat.

Esok di akhirat ada golongan yang menyesal amat sangat kerana tidak buat apa pun amalan (perintah Allah) dan ada golongan yang menyesal kerana dia buat sedikit amalan tapi Allah beri padanya sebesar-besar ganjaran, menyesal dia kerana tidak buat lebih hingga minta Allah kembalikan ke dunia untuk tambah sedikit amalan. Biar kita buat sedikit yang penting istiqomah.

Petikan kuliah oleh Ustaz Shamsuri Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan