Sumber : Sinar Harian
GENEVA - Pegawai tinggi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengkritik Switzerland kerana mengharamkan pembinaan menara azan di negara itu.
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay menyifatkan larangan tersebut sebagai tindakan diskriminasi dan memecahbelahkan masyarakat.
Dalam pungutan suara pada Ahad lalu, rakyat Switzerland meluluskan inisiatif yang dilancarkan kumpulan sayap kanan dan ultra konservatif untuk mengharamkan pembinaan menara azan baru.
Kerajaan Switzerland menentang inisiatif itu tetapi menghormati keputusan undian tersebut.
"Saya tidak mengecam undian demokratik tetapi saya mengecam pihak yang menentang orang asing dalam kempen-kempen politik di beberapa negara, termasuk Switzerland, yang menghasilkan keputusan seperti ini," kata Pillay.
Menurutnya, politik berdasarkan perkauman atau tanpa tolak ansur adalah sangat membimbangkan.
"Apa yang berlaku menjejaskan keharmonian sosial dan mendatangkan bahaya," katanya.
Khamis, 3 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan