CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 8 Januari 2010

APAKAH PERANAN ULAMA MALAYSIA DALAM ISSUE "KALIMAH ALLAH"

Sumber : Tranungkite

Oleh: Budak_Perak

Pandangan para ulama Malaysia perlu sepakat mengeluarkan kenyataan berhubung dengan issue kontroversi penggunaan kalimah ‘Allah’ yang telah di benarkan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan mingguan Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya .

Apa yang mendukacitakan rakyat yang beragama Islam di Malaysia ini adalah perbezaan pandangan di antara para ilmuan agama Islam khususnya di Malaysia ini telah menambah kekeliruan rakyat umum dengan status kalimah Allah ini yang telah pun di guna dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly .

Persoalannya perlukah ada individu yang sewenang - wenangnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa sebelum di perbahaskan sebulat suara untuk mengeluarkan pandangan atau kenyataan dan sekaligus mengeluarkan faktwa dalam bentuk pandangan bersama keseluruahan para ulama yang di jemput untuk memberi penjelasan dan dalil yang kukuh supaya tidak mendatangkah fitnah atau salah faham kepada rakyat umumnya dengan isu ini.

Para ulama juga perlu menimbang akan keputusan ini mengikut garis panduan keperluan mafaat atau mudarat (adakah mudarat lebih dari mafaatnya pada setiap keputusan tersebut).

Adakah rakyat dibiar membuat tafsiran tersendiri dalam kes ini mengikut aliran masing-masing tanpa ada pantauan atau bimbingan yang khusus dari sudut agama yang bakal boleh menjejaskan AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA jika tersalah tafsiran.

http://mbrm.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan