CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 8 Januari 2010

ISU PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH ; MENEMBAK LALAT DENGAN MERIAM

Sumber : Tranungkite

Oleh: tutuhjang

Jang,

Abah saya cakap, kau ni macam "KELEPUNG HANYUT, DI MANO LUBUK SITU BERLEGAR". tahukah kau kelepung Jang, biasanya pokok kelepung ni tumbuhnya di tepi sungai, buahnya sebesar buah tampoi, tampoi pun tak tahu, susahlah macam ni, cam no nak cakap laie. Apabila buah kelepung ni gugur, maka ia akan jatuh ke dalam sungai, lalu hanyut. Tahu tak sungai kau jang, banyak lubuk-lubuk de, biasanya di kawasan lubuk ni air akan berpusing-pusing di di situ saja. Maka kelepung yang hanyut tadi, akan ikut berpusing-pusing di situ, lupa si kelepung bahawa tujuannya ialah muara sungai. Pendek cito, kita selalu terpengaruh oleh sesuatu isu yang berbangkit, lalu leka dan lupa dengan tujuan sebenar perjalanan/perjuangan kita.

Pendek cito, kita telah leka beriya-iya seakan-akan bagai nak rak, sepertinya kalau kalimah ALlah itu digunakan oleh umat kristian, lalu masjid kita akan dirubuhkan dan kalau solat akan ditangkap ???

Nampak dek den sekarang ni, kito nie nak bunuh lalat dengan meriam ni Jang, akhirnya, lalat tak mati peluru habih.

Tak ada sesiapa yang mahu berdialog dan berbincang dengan majalah Herald ni, nak tanyo dengan dio apo hajat sebenarnya mereka mahu menggunakan perkataan Allah tu dalam terbitannya, atau ajaklah pendeta-pendeta Kristian duduk semeja dengan ulama-ulama kita untuk berwacana secara intelektual tentang buruk baik penggunaan perkataan Allah dalam terbitan mereka. Ini tidak, nak tunjuk pangkal lengan, kau ingat orang tu tak ado lengan koh Jang ?.

Yang den nak sampaikan adalah, cara kita mahu menyelesaikan satu-satu masalah macam tak konolah Jang. Takut penyudah de "minyak (masak) habih, lauk tak sodap, tukang masak ponek sajo"

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan