CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Ahad, 10 Januari 2010

INJIL SENDIRI MENGAKUI ISA NABI

Dalam Kristian penghapusan ajaran Isa a.s. agak mudah dilakukan kerana baginda hanya sempat menyeru kepada kaumnya Bani Israil selama 3 tahun, 3 bulan dan 3 hari sebelum baginda di'tangkap' dan di'salib'.

Baginda cuma seorang Rasul Tuhan apabila baginda sendiri memberitahu; Injil Matius 3: 17 Isa menjelaskan;

“Janganlah kamu menyangka bahawa saya ini datang untuk membatalkan agama dan nabi-nabi. Saya tidak datang untuk membatalkan, tetapi adalah untuk menyempurnakan.”

Di sini letaknya kelicikan Saul @ Paul yang berlindung di sebalik kekerasan Maharaja Constantine yang teruja dgn puing-puing ajaran Yahudi yag diserapkan ke dalam agama baru itu. Jelasnya, dia telah berjaya mencipta sebuah agama baru di atas runtuhan agama Nabi Isa a.s.

Dalam Injil Markus 12: 28-32;
Seorang jurutulis bertanya Isa, wasiat apakah yang mendahului segala sesuatu?

Isa menjawab bahawa wasiat yang pertama sekali ialah; "Dengarlah hai Bani Israil... Tuhan yang menjadi Tuhan kita ialah Tuhan Yang Esa. Cintailah Tuhanmu dengan seluruh jantung hatimu, dengan seluruh jiwamu, dengan seluruh fikiranmu dan dengan seluruh kesanggupanmu."

Sementara itu wasiat yang kedua pula ialah; "Seharusnyalah engkau cinta kepada keluargamu sebagaimana kamu cinta pada dirimu sendiri."

Jurutulis itu berkata kepada Isa; "Bagus, hai guruku. Benar apa yang engkau ucapkan itu sebab sesungguhnya Allah Esa dan tidak terdapat lain daripada-Nya.”

Dalam Lukas 7 : 16, Yahya 6 : 14 dan Barnaba fasal 93 turut menyatakan bahawa Isa itu adalah nabi.

Dalam Matius 10: 5, 6... Matius 15: 21-24, Matius 19: 28 jelas membicarakan tentang dunia Isa hanya sebagai kalangan Bani Israil saja, bukan sebagai anak Tuhan!

Barnaba meriwayatkan kata Isa; "Allah menjadikan aku nabi kepada rumahtangga Bani Israil untuk kesihatan orang-orang yang lemah" sebagai yang tercatat pada Barnaba 52: 13.

Pendapatnya (Barnaba) boleh dikira sebagai yang paling rapat di kalangan Injil yang lain. Sebab beliau rapat sekali dengan Paul Al-Maseh dan banyak kali membelanya setiap kali timbul perselisihan dengan Kaisar Rumawi.

Orang pasti akan bertanya, "Kenapa pula Injil Isa tu mesti disembunyikan... mungkin dihilangkan?" (Nota: Hanya 4 injil n 21 risalat saja yg diterima, sementara beratus yg lain dibakar dlm pertemuan utusan rohani pada 325Masehi).

Ia adalah perbuatan yang disengajakan sebab dekatnya persamaan dengan isi al-Quran. Apabila tersembunyi... senanglah jika mahu diubah-suai ikut selera dan kehendak musuh-musuh agama tauhid itu. Jadi hilanglah tanda-tanda yang ia datang dari langit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan