CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Isnin, 11 Januari 2010

TAZKIRAH

Nabi SAW pada saat-saat akhir hayatnya memanggil kesemua isterinya untuk meminta kebenaran agar dirinya dibawa ke rumah Aishah ra. Ini kerana dalam banyak-banyak isteri nabi SAW , Aishah ra yang paling suci dan bersih . Ini kerana Aishah ra tidak pernah didatangi oleh lelaki lain dan kedua Aishah ra adalah isteri yang tidak pernah menyembah berhala sebelum ini, manakala yang adalah janda dan pernah sembah berhala sebelum Islam.

Mereka bersetuju dan bawalah ke rumah Aishah ra. Rumah isteri-isteri nabi SAW semuanya berdekatan denag Masjid Nabawi, dikatakan kalau selak tirai nampak orang solat di dalam masjid. Rumah pula bukanlah rumah sangat tetapi hanya seperti bilik sahaja dan bersedinding dengan rumah isterinya yang lain. Nabi SAW sengaja hidup seperti orang miskin kerana di akhirat esok orang miskin yang mula-mula masuk yurga, 500 tahun kemudian baru orang kaya mengikutinya. Maksud disini kita jangan suka hidup membazir dan sentiasa redha dan syukur apa yang ada.

Pada malam yang terakhir para sahabat menunggu untuk solat Isya yang diimamni Oleh nabi Saw, tapi baginda tidak berupaya dan meminta Abu Bakr ra untuk jadi imam. Para sahabat meminta juga nabi SAW untuk menjadi imam, maka disuruhnya Aishah ra yang padamasa itu berumur 18 tahun untuk mengagkat Nabi SAW utk berwudhuk, selepas berwudhu Nabi SAW tidak tahan sakit lalu pengsan, bila sedar nabi SAW bertanya adakah mereka sudah solat, maka jawab sahabat "belum lagi masih menunggu mu ya Rasullulah. Maka berwudhulah sekali lagi, pengsan lagi , sedar tanya balik dah solat atau belum, masih menuggu. Sampailah 3 kali berturut-turut barulah nabi SAW mampu untuk jadi imam solat Isya.

Kesimpulannya disini menunjukan bahawa sakit itu bukan penghalang untuk lelaki untuk solat berjemaah di masjid. Nabi SAW cukup menekankan perlunya solat berjemaah, kalau tidak takkan ada hadis yang menyuruh dibakar rumah orang yang tidak pernah solat berjemaah. Kalau kita lazimkan solat di rumah, adakah kita boleh mengaku kita umat nabi SAW dan agaknya boleh pastikah kita ini ahli syurga?

Petikan kuliah oleh Ustaz Amer Hisham

Ustaz Johari dari Pulau Pinang telah menguruskan 20 orang pelajar ke Pakistan untuk menjadi tahfiz, salah seorang darinya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana, jadi sesiapa yang bermurah hati atau ingin melabur di dalam saham akhirat dialukan untuk menyumbang melalui akaun Maybank 1573 4401 7481 dan sesiapa yang telah 'bank in' sila hubungi ustaz segera di nombor telefon 019-2831979.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan