CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Ahad, 24 Januari 2010

Kematian Abdul Basit masih disiasat


Sumber : Sinar Harian

MANILA - Pegawai perisikan Filipina kinimasih mengesahkan laporan kematian pakar pembuat bom Filipina, Abdul Basit Usman dalam serangan peluru berpandu oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, kelmarin.

"Pegawai perisikan kami masih mengenal pasti kesahihan laporan itu sama ada suspek benar-benar Abdul Basit atau orang lain," kata pegawai Hal Ehwal Awam Angkatan Tentera Filipina, Leftenan Kolonel Romeo Brawner.

Brawner berkata, jika benar Abdul Basit terbunuh dalam serangan berhampiran sempadan Afghanistan pada 14 Januari lalu itu, ia adalah berita baik untuk rakyat Filipina.

"Ini akan melumpuhkan keupayaan mereka kerana Abdul Basit adalah pakar membuat bahan letupan dan bom," katanya.

Abdul Basit yang senaraikan sebagai suspek pengganas paling dikehendaki Jabatan Negara AS dikenal pasti sebagai pakar membuat bom dan ada kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Filipina dan rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) di Asia.

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menafikan dakwaan yang mengaitkan Abdul Basit sebagai anggota kumpulan itu.

Malahan, MILF mengarahkan anggota kumpulan itu untuk memburu dan membawa suspek ke muka pengadilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan