CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Ahad, 24 Januari 2010

Hamas tidak akan iktiraf kewujudan negara Israel


Sumber : Sinar Harian

DAMSYIK - Ketua Hamas, Khaled Meshaal menegaskan bahawa kumpulan itu tidak akan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara walaupun menghadapi pelbagai tekanan.

Sebaliknya, Hamas akan memberi keutamaan kepada usaha mewujudkan penentangan terhadap negara Yahudi itu.

Kenyataan beliau itu diucapkan dalam perhimpunan di Damsyik, Syria sempena memperingati genap setahun berakhirnya perang Israel ke atas Gaza yang menyebabkan lebih 1,400 penduduk Palestin terbunuh, kelmarin.

Khaled berkata, Hamas tidak mahu mencetuskan perang baru dengan Israel, tetapi perjuangan bersenjata akan terus kekal dalam usaha membebaskan wilayah Palestin yang dicerobohi rejim.

“Hamas akan terus menolak pencerobohan dan enggan mengiktiraf kewujudan Zionis. Keutamaan kami adalah membangunkan penentangan terhadap Israel,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan