Kenapa kita azan 2 kali pada waktu solat Jumaat? Pada zaman Nabi SAW azan tanda masuknya waktu solat Jumaat hanya macam biasa, sekali sahaja. Tapi bila sampai zaman khalifah Osman RA, didapati masa itu umat Islam sudah semakin ramai, dan mereka ni pulak duduk jauh. Mereka ni bekerja seperti pengembala yang membawa haiwan ternakan nun jauh di hujung kampung. Jadi Osman RA mencadangkan agar di azan kan dua kali menandakan masuk waktu Jumaat bagi memudahkan mereka yang berada jauh dari masjid dapat bersiap sedia untuk hadir. Jika tidak, tiada kesempatan mendengar khutbah.
Maka itulah punca yang terjadi 2 kali azan. Di zaman ini bagaimana pula? Masjid sudah banyak, duduk pula berhampiran masjid, patut boleh azan sekali sahaja. Tetapi dengan nama manusia ini, sudah azan pertama masih lagi mengambil nasi untuk makan, azan ke dua baru bergerak ke tempat wudhu dan lagi teruk lagi khatib berkhutbah kedua baru nak ambik wudhuk. Mana dia rasa cintanya nak bertemu ALLAH pada hari yang mulia ini, anggap solat Jumaat seperti adat, sudahlah hari Jumaat kita bekerja, hari Ahad cuti pula.
Petikan kuliah maghrib oleh Ustaz Amer Hisham
Jumaat, 22 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan