Sumber : E-mail dari Kamal
Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. Seorang namanya Ali, Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian mereka menybbkan tok imam tidak senang duduk. Pada satu hari tok imam itu datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka ini.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam itu mencabar si mangkuk 3 ekor itu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan".
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor itu ke surau. Tok imam pun menyuuruh Ali azan. Tanpa berlengah terus Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tidak khusyuk, angkat 2 kali pun tidak khusyuk juga.
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam". Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba saja si Budin pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!". Lalu batallah solat Budin. Yang lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah hormat tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tidak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...
Mungkin lawak pada bacaan kita. Tetapi cuba fikitkan jika ramai remaja kita seperti Ciko dan rakan-rakannya itu! Perkara di atas benar-benar terjadi....? - Abu Edy
Rabu, 20 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan