CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 22 Januari 2010

Polis Islam selar strategi Britain tentang keganasan

Sumber : Sinar Harian

LONDON - Persatuan anggota polis Islam di Britain menyelar strategi kerajaan menentang keganasan kerana mencetuskan ketakutan terhadap Islam dan memburukkan perpecahan masyarakat.

Persatuan Polis Islam Kebangsaan (NAMP) memberi amaran bahawa program memerangi keganasan pelampau mencetuskan ketakutan dalam kalangan orang Islam.

Kumpulan itu menjelaskan ancaman sebenar datang dari pergerakan pelampau kanan yang kian meningkat.

"Kebencian ke atas Islam meningkat ke tahap tidak sewajarnya dan bercanggah dengan nilai-nilai British," kata persatuan itu.

"Situasi pada masa ini ialah orang Islam menjadi mangsa dalam keadaan yang mungkin dikecam oleh Britain jika kejadian itu berlaku di tempat lain," katanya.

Menurutnya, terdapat hubungan antara peningkatan kebencian terhadap Islam dengan program menentang keganasan.

Pegawai-pegawai persatuan itu menjelaskan program menentang keganasan seperti itu menjejaskan keharmonian di dalam masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan