CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun je baru

Sumber: Tranungkite

Oleh: talikasutkayu

Berakhir sudah tahun 2009 masihi. Apakah hasrat yang sudah tertunai dan ditunai. Masihkah tahun baru membawa seribu harapan pada kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Kini usia kita semakin meningkat. Jauh usia kita pergi, semakin dekat ajal mendekati. Kita sering bertanya pada rakan-rakan apa azam tahun ini dan begitu juga sebaliknya. Apa yang ada pada azam kalau ianya sekadar lafaz dibibir untuk seketika sementara bahang sambutan tahun baru masih terasa. Sebulan berlalu lafaz azam tidak lagi kedengaran, malah semua sibuk dengan urusan masing - masing.

Kita sering terlalai pada azam meningkatkan ketakwaan kita pada Allah, semakin murah rezki semakin jauh diri kita pada Allah. Bila ditimpa ujian barulah kita cari dimana masjid untuk menyeru memohon keampunan dan mencari penyelesaian. Adakah cara begini boleh mendekatkan diri kita pada Allah. Inilah yang dikatakan hipokrit. Allah menjadikan kita bukan sekadar tempat memohon sesuatu malah kita dijadikan untuk mengabdikan diri padaNya.

Kita sebagai umat manusia harus bersyukur kerana kita secara tidak langsung dilahirkan dalam komuniti islam. Kita masyarakat melayu islam di Malaysia harus berterima kasih pada pedagang arab ditika zaman kegemilangan Melaka tahun sebelum merdeka. Keazaman yang ditunjukkan oleh pedagang arab tika itu menjelajah pelusuk dunia hingga ke Tanah Melayu menjalankan aktiviti perniagaan dan menyebarkan syiar islam. Kasihnya mereka pada islam, sayangnya pada perjuangan Rasullullah dan ketaatan pada suruhan Allah menjadikan mereka bersemangat kental serta menaruh keazaman yang jitu. Kalau tidak kerana mereka (pedagang arab) sudah tentu masyarakat melayu kini masih menganut hindu.

Tahun kini bersilih ganti, adakah keazaman kita sama dengan keazaman pedagang arab (pendakwah). Ramai melayu mengaku islam tapi islam mereka hanya dibulan ramadhan saat menyambut hari raya, berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat sunat hari raya dengan berpakaian serbba indah tapi malang bila tiba detik 12.00 malam menjelang sambutan tahun baru masihi melayu-melayu ini berlegar di dataran, shopping kompleks dan pusat hiburan meraikan sambutan tahun baru sambil tangan menggenggam erat botol, gelas minuman haram.

Jangan dinafikan kenyataan ini. Saban tahun ianya terpapar didada akhbar sebagai bukti melayu yang mengaku islam ini adalah hipokrit.
Hanya segelintir saja masyarakat islam dinegara ini yang masih meneruskan dakwah Rasulullah demi mempertahankan islam tercinta. Namun dinegara yang mengaku negara islam ini masih ada tangan tangan yang mengaku islam menentang perjuangan menegakkan islam oleh golongan yang sayangkan islam.

Tidak mustahil generasi akan datang akan menyalahkan generasi kini kerana tidak mendaulatkan islam seperti mana yang terkandung didalam alQuran dan hadis.

Dinegara yang mengaku islam ini terlalu ramai yang hanya islam pada nama. Tahun silih berganti golongan ini tetap bertambah seperti mana usia tahun bertambah.
Apa yang ada pada tahun baru.


http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan