ALLAH SWT tidak memandang harta dan pangkat tetapi memandang hati, hati orang yang beriman. Tidak guna belajar tinggi, tetapi hati tidak bersih, terlibat dengan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya. Untuk membentuk manusia bermula dengan hati kerana ALLAH SWT memandangnya dengan rahmat.
Seorang sahabat NABI SAW , Saad bin Salim baru tiga bulan memeluk Islam. Dia berasa susah hati kerana NABI SAW pernah berkata bahawa di dalam syurga tidak ada orang hodoh sedangkan wajah Saad hodoh, ditambah kulitnya yang hitam. Lalu berjmpalah dia dengan NABI SAW di masjid dan bertanya, maka NABI SAW menjawab, "Ya! Tidak ada orang hodoh masuk syurga." Maka sedihlah Saad, maka Nabi saw bertanya "Kenapa kau tidak berkahwin?"
"Aku sudahlah miskin, hodoh pula, siapa yang mahu bermenantukan aku." Baginda saw menyuruh Saad berjumpa dengan Abdul Rahman an-Am kerana dia mempunyai anak dara yang paling cantik dan "Katakan padanya aku suruh kau pinang anak."
Abd Rahman mempunyai anak dara yang bernama Nur Atikah, apabila Saad bertanya hajatnya kepada Abdul Rahman, maka tolaklah dia sebab tak hensem. Maka baliklah Saad berjumpa Nabi saw semula. Maka didengari puterinya, maka berkata dia, "Terimalah hajat Saad kerana ia adalah pilihan Rasul SAW, tentu ada hikmahnya kerana Rasul saw telah memilih kita." Abdul Rahman pun terkejut mendengar jawapan anaknya, terus berkejar mendapatkan Saad. Apabila Saad sampai di masjid, Abdul Rahman pun sama sampai juga dan terus setuju untuk menjadikan Saad menantu. Maka Nabi saw pun menikahkan Saad dengan masa kahwin 500 dirham! Terduduk Saad, di mana mahu dicari 500 dirham. Nabi saw menyuruh Saad pergi berjumpa sahabatnya Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf dan "kata aku suruh sedekah duit mas kahwin pada kamu."
Sahabat-sahabat Nabi saw berlawan-lawan ingin bersedekah, bila Abu Bakar beri 500 dirham, Ali tanya berapa Abu Bakar beri, maka Ali beri lebih 500 dirham! Begitu juga dengan Abdul Rahman. Maka terduduk sekali lagi Saad kerana kali pertama memegang duit yang banyak. Sedang termangu, tiba-tiba terdengar seruan jihad dari Nabi saw untuk pergi berperang. Tanpa membuang masa, dengan duit yang banyak itu dia terus ke pekan membeli kuda dan baju besi dan alatan perang, dan terus berada di belakang Salman AL Farisi untuk berjihad.
Maka masuklah Saad di dalam medan perang, dari pada mula merancang untuk berkahwin, ambil duit semasa berkahwin tapi sekarang berada di medan perang. Sahabat-sahabat bersa pelik siapalah yang tiba-tiba bersungguh dalam berperang, jadi apabila jatuh baju besi maka nampaklah tangannya yang hitam, maka kenallah bahawa dialah Saad. Nabi saw pun terkejut dan terus beri semangat pada Saad. Akhirnya Saad kecundang juga, syahid di medan perang. Nabi saw menghampiri jasad Saad, baginda meriba jasad Saad sambil menangis, sahabat lain terkejut. Bila Nabi saw melihat ke langit, barulah baginda saw tersenyum sambil mengambil serbannya dan mengelap darah Saad. Apabila sahabat bertanya, Nabi saw menjawab, "Inilah manusia yang paling bersih hatinya. Aku melihat malaikat berbaris untuk menyambut roh Saad, tidak ada seorang wanita pun di dunia ini layak untuk menyentuh Saad melainkan bidadari syurga, dan darah pada serbanku ini esok akan menjadi saksi aku di akhirat nanti." Begitulah bagaimana Nabi saw membentuk sahabat, Saad bin Salim yang punyai hati yang bersih, daripada ingin berkahwin terus berjihad.
Petikan kuliah maghrib oleh Ustaz Shabudin Alang Mat Piah
Rabu, 27 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan