
Adik-adik, anak-anak. Kalau ingin menjadi pemain bolasepak, jadilah seperti Frederic Kanoute. Dan jadilah juga Muslim yang komited dan berani sepertinya.
Bagaimana beliau tidak meraikan langsung gol jaringannya di saat saudara-saudaranya di Palestin dibunuh setiap saat. Sebaliknya menunjukkan solidariti yang memungkinkan beliau dikenakan tindakan disiplin.
Ini bukan kali pertama Kanoute membuktikan bahawa beliau adalah seorang Muslim yang komited. Yang meletakkan Islam di tempat paling atas.
Sebelum ini, beliau enggan memakai jersi kelabnya yang ditaja oleh syarikat perjudian. Ini memaksa Sevilla membenarkan beliau memakai jersi yang kosong, tanpa logo syarikat perjudian terbabit.
Kemudian, beliau dikatakan membelanjakan setahun duit gajinya, untuk menyelamatkan satu-satunya masjid di Sevilla.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas:
Frédéric Oumar Kanouté (lahir di Sainte-Foy-lès-Lyon, 2 September 1977) adalah pemain bola sepak Mali yang bermain untuk Sevilla dalam La Liga Sepanyol. Frédéric Kanouté dinobatkan menjadi Pemain Terbaik Afrika pada tahun 2007 dan merupakan pemain yang dilahirkan di luar Afrika pertama menerima penghargaan ini.
Kelab
Tahun Kelab
1997–2000 Olympique Lyon
2000 West Ham United (pinjaman)
2000–2003 West Ham United
2003–2005 Tottenham Hotspur
2005– Sevilla
Pasukan kebangsaan
1998 Perancis B21
2004– Mali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan