CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Isnin, 15 Februari 2010

Bayi Hangus :Mana Perginya Sisa-Sisa Belas Kasihan

Sumber Tranungkite

Oleh: laniismaa

Kita dikejutkan lagi dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui rentung pada sebahagian badan sementara kakinya juga terputus di dalam sebuah tong sampah besar di Kuala Krai. Dua hari lepas kita juga dikejutkan dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dihurung semut di Melaka.

Nampaknya apa yang berlaku pada hari ini lebih dahsyat dan tragis kerana pelakunya sanggup melakukan itu semua kerana ingin menutup prilakunya yang hina. Di mana perginya sisa-sisa sifat belas kasihan yang ada pada pelakunya. Sememangnya hatinya telah buta dan sekuman pun kasihan belas sudah tiada dalam dirinya.

Oleh itu kita kena memikirkan kenapa semua ini boleh terjadi terutamanya mereka yang diberi kuasa dan mungkin berdaya menjadikan masyarakat lebih baik. Biasanya tunjuk belas kasihan menjadi perkara utama atau dilebihkan tetapi pengertian untuk membetulkan apa yang terjadi biasanya tidak kesampaian.

Kita semua sepatutnya menyesali dengan apa yang berlaku. Norma jahiliah semakin membukit di sekeliling kita.

http://www.ek-ele.co.cc/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan