CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Isnin, 15 Februari 2010

Bayi Hangus :Mana Perginya Sisa-Sisa Belas Kasihan II

Sumber : Tranungkite

Oleh stumpy

Dengan sistem pendidikan yang ada hari ini yang sekadar mampu meningkatkan dayaintelectual pelajar tetapi tidak mampu membangunkan akhlak mereka, ditambah dengan ibu bapa yang jahil mendidik dan membiarkan sahsiah anak-anak dibina oleh rakan-rakan sebaya, media massa dan alam sekeliling. Maka sistem kita telah menghasilkan dan bahkan sedang membesarkan ramai lagi bakal penzina, pembunuh bayi dan penjenayah akhlak.

Siapakah ibu bapa yang sekarang ini menghasilkan anak-anaknya tidak bersembahyang, menjadi mat rempit, hidup bergelumang maksiat dan hidup tidak dibawah bimbingan agama? Anak-anak ini semuanya membesar di dalam kawalan ibubapa. Allah telah mengingatkan bebanan tanggungjawap ibu bapa dengan firmannya "Wahai orang yg beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.."(AtTahrim:). Hadis nabi juga ada menjelaskan bahawa anak-anak adalah ibarat kain putih dan ibu bapa bertanggungjawap mencorakkan keperibadian anak-anak menjadi baik atau rosak. Jadi ibu bapa adalah sebahagian punca dan sebahagian dari penyelesai masalah yang telah timbul ini.

Jari perlu dituding kepada banyak pihak untuk menggerakkan usaha membaiki keadaan ini walaupun pada asasnya ia adalah berpunca dari dasar pemerintah.

Di pihak pemerintah pula, sebagai contoh, apabila kerajaan memansuhkan tulisan jawi dahulu, kesannya bukan setakat suratkhabar jawi terpaksa ditutup kedai jualannya, generasi yang dibesarkan dengan dasar ini telah secara otomatik jauh daripada pendidikan Al Quran. Ditambah dengan hiburan yang berkembang, pendidikan agama yang tidak dititik beratkan, punca-punca maksiat yang semakin bercambah samada di media massa atau pun di dalam masyarakat, tiada lagi elemen pengawal yang dapat menjadi benteng mengelak akhlak mereka dari dirobohkan.

Mereka menjadi generasi yang membebankan Islam. Walaubagaimanapun , penyelesaian yang dicari perlulah menghapuskan puncanya tidak seperti "menampar nyamuk yang nampak dimata sahaja".

1 ulasan:

  1. Selamatkan pemikiran dan kefahaman yang menjadi punca kekalutan. Buat sesuatu utk komuniti.

    BalasPadam