Sumber : Sinar Harian
SHAH ALAM - Umat Islam tidak seharusnya terikut-ikut budaya Barat dengan turut sama meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih hari ini.
Sebagai umat Islam, wajib menghindari budaya menyambut Hari Valentine kerana ia jelas bertentangan syariat, selain dikhuatiri menjejaskan akidah dan keimanan.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam melarang tegas sambutan Hari Valentine kerana ia merujuk kepada peristiwa seorang paderi zaman pemerintahan Ratu Isabella menumpaskan Kerajaan Islam.
“Mereka meraikannya sebagai satu kebanggaan dan umat Islam tidak sepatutnya turut sama menyambutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dalam hubungan ini, katanya, peranan ibu bapa penting mendidik anak-anak supaya dapat membezakan mana yang boleh dilakukan seperti mengingati tarikh hari kebesaran dalam Islam iaitu kelahiran Rasulullah SAW dan berlakunya peristiwa hijrah.
Dalam hal ini, sedar atau tidak seseorang yang menyambut Hari Valentine sama seperti menghidupkan kembali budaya pendewaan dan pemujaan patung-patung sembahan masyarakat Rom itu.
Ahad, 14 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan