Sumber : Detikdaily
Oleh laniisma
Assalamualaikum bang! Kami dari rumah anak-anak yatim ******** ingin menjual sambil menderma”, “ RM10 satu” sambil menghulur sama ada CD dan ‘bam’ angin kebiasaannya.
Situasi ini akan sering terjadi di bank-bank terutamanya hari gaji dan juga di stesen-stesen minyak. Kita biasanya juga menjadi serba salah lalu menjawab “Baru je abang beli” atau “Tak apa, abang dah ada dah”. Mendengar jawapan, mereka pasrah dan terus berlalu menuju ke arah orang lain atau ke pintu kereta lain dengan beg labuhnya dipenuhi barang-barang tadi. Mereka berlalu dengan penuh kehampaan dan sememangnya kita kasihan tetapi...banyak tapinya juga.
Mengapa ini berlaku? Pihak pengurusan ingin mencari dana mengurus tetapi kenapa altenatif ini digunapakai. Sekiranya ingin meminta derma kenapa berselindung dengan menjual barang, atau menbeli sambil menderma. Kebiasaannya harga yang disebut RM10 satu di mana CD tersebut boleh diperolehi dengan harga RM4 di tempat ceramah. Maknanya kita disuruh menderma RM6, sekiranya kita mahu, tetapi kebanyakkan orang akan mengeleng kepala dan kasihannya budak-budak tadi dengan riak wajah kecewa mereka.
Adalah lebih baik sekiranya diminta menderma secara terus. Tunjukkan kebenaran mengutip derma dan mungkin gambar sekolah tersebut serta keadaannya untuk dua muka yang di’laminate’. Tunjukkan kepada sasaran dan minta menderma seberapa mampu. Mungkin cara ini lebih bekesan walaupun sedikit-sedikit berbanding gelengan kepala yang diperolehi dengan membeli sambil menderma. Telus lebih disukai ramai. Sekiranya berkemampuan berilah satu dua stiker kecil kertas macam PBSM mengutip derma di sekolah-sekolah. Tanda pengertian terima kasih.
Sekiranya ingin melatih mereka berniaga dan gigih mendepani kehidupan, pelbagai altenatif terbaik yang mungkin anda boleh fikirkan. Sekarang masa untuk mereka ‘mengaji’ dan adakalanya kasihan melihat budak-budak tersebut tetapi kepala tetap mengeleng. Kalau meminta derma insyaallah kita semua akan menghulurkannya.
http://www.ek-ele.co.cc/
Ahad, 14 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan